Semasa & Hiburan
Tertarik Dengan Benda Tidak Bernyawa, Wanita Ini Akhirnya Menjadikan Beg Bimbit Sebagai Suaminya
Apa rasa ye tertarik kepada benda tidak bernyawa ni…
Tertarik kepada benda tidak bernyawa atau disebut dalam bahasa saintifiknya sebagai objectophilia mungkin menjadi satu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia moden ini. Banyak berita yang dilaporkan tentang individu-individu yang tertarik dengan sesuatu objek sehingga menyebabkan timbul perasaan kasih dan sayang. Ada juga kes sehingga individu tersebut membuat keputusan untuk berkahwin dengan objek kesanyangannya itu.

Image via:https://www.ladbible.com/
Terkini, dilaporkan seorang wanita di Moscow, Rusia membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah beg bimbit. Entah apa yang menariknya beg bimbit tersebut, wanita berusia 24 tahun, Rain Gordon berkata, kali pertama dia bertemu ‘suaminya’ itu adalah pada bulan Ogos 2015.
Menurut laporan, Rain membeli ‘suaminya’ yang dinamakan Gideon itu di sebuah kedai perkakasan sebagai perhiasan untuk sesi fotografi. Namun, semakin lama Rain meluangkan masa bersama Gideon, dia mula rasa jatuh cinta. Bermula saat itu, mereka dikatakan mula menjalin hubungan percintaan.

Image via:https://www.mirror.co.uk/
Rain mengatakan Gideon bukan sekadar pasangan, tetapi juga merupakan suami, kawan dan mentor. Walaupun Gideon merupakan sebuah objek yang tidak boleh bercakap, Rain tetap menyatakan ‘suaminya’ itu banyak memberi sokongan moral dan membantunya.
Mula Terjebak Sebagai Objectophilia Seawal Usia 8 Tahun
Rain berkata, dia mula tertarik kepada benda tidak bernyawa sejak berumur lapan tahun, malah mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh. Menurutnya, semasa zaman kanak-kanak dan remaja, dia jatuh cinta dengan tempat seperti pusat beli-belah yang baru dibuka. Disebabkan dia tahu ia merupakan sesuatu yang aneh, jadi dia tidak menceritakan tentang perasaannya itu kepada sesiapa.

Image via:https://www.mirror.co.uk/
Tambah Rain, dia pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki selama dua tahun, namun mereka akhirnya berpisah kerana Rain lebih tertarik kepada benda tidak bernyawa. Walaupun apa yang dia rasakan ini dianggap sebagai di luar norma masyarakat, Rain tetap berharap agar masyarakat dapat memahami dan tidak memandang serong terhadap orang sepertinya.
Baca juga artikel menarik lain:
5 Amalan Biasa Diamalkan Dahulu Yang Kini Ditelan Zaman
Ketagih Curi Pakaian Dalam Wanita, Akhirnya Lelaki Ini Ditangkap
Sumber daripada: Kosmo