Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Terpisah 20 Tahun Lalu, Pengantin Perempuan Rupanya Anak Kandung Kepada Bakal Ibu Mentua

Perkahwinan tersebut ba­gaimanapun tetap diteruskan…

Published

on

Sebagai ibu bapa tentunya kita akan gembira apabila anak kita bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Tak sabar rasanya nak menerima menantu menjadi sebahagian daripada keluarga. Namun, bagi seorang wanita di China ini lain pula ceritanya apabila bakal menantunya itu sebenarnya adalah anak kandungnya sendiri. Dengar macam pelik bukan?

Kisah ini terjadi apabila wanita tersebut mengecam tanda lahir yang ada di tangan bakal pengantin perempuan itu adalah sama dengan tanda lahir anak perempuannya yang terpisah lama dahulu. Kejadian menyayat hati itu berlaku di bandar Suzhou, dalam wilayah Jiangsu pada 31 Mac lalu. Dalam kejadian penuh drama itu, wanita tersebut dan anak kandungnya dilihat menangis teresak-esak selepas mendapat tahu perkara sebenar.

Baca juga: “Nampak Sweet Je Bersama'” – Buat Video Pakai Baju “Pengantin”, Iman Troye Dan Naim Daniel Dikatakan Serasi

Bagaimanapun, perkahwinan itu tetap diteruskan. Lagilah dengar macam pelik sebab maknanya adik beradik yang kahwin ni. Namun, wanita yang juga ibu pengantin lelaki itu memberitahu bahawa anak lelakinya sebenarnya adalah anak angkat. Wanita tersebut membuat keputusan mengambil seorang anak angkat selepas anak perempuannya hilang.

Keluarga pengantin perempuan pada mulanya terkejut apabila wanita tersebut mengetahui tentang status pengantin perempuan kerana tidak ada sesiapa pun yang tahu dia merupakan anak angkat. Mereka dikatakan mengambil pengantin perempuan itu sebagai anak angkat 20 tahun lalu selepas menemuinya di tepi jalan. 

Pengantin perempuan tersebut menyifatkan saat bertemu ibu kandungnya sebagai “lebih bahagia daripada hari perkahwinan itu sendiri”. Memang tak sangka dapat berjumpa kembali dengan ibu kandungnya, dan semuanya hanya disebabkan oleh tanda lahir yang ada pada tangannya. 

Baca juga: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

Sumber berita: Kosmo & Mashable

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement