Semasa & Hiburan
Terpaksa Merayu Minta Cuti Kerana Takut Isteri Mengamuk. Ini Mungkin Sebab² Takut Kepada Isteri
Sampai terpaksa merayu dekat boss nak minta cuti…
Dalam rumah tangga memang kebiasaanya suami dan isteri harus bertolak ansur dalam membuat sebarang keputusan. Kalau tidak, mungkin akan mencetus satu perbalahan besar diantara kedua-duanya. Bagaimanapun, seorang pegawai polis di Mashya Pradesh, tengah India, sanggup menulis surat memohon cuti kepada pegawai atasannya beserta rayuan kerana takutkan isterinya.

Image via:https://www.lovelearnings.com/
Kepada anda yang tidak melalui masalah ini mungkin akan berasakan hal ini lucu, namun itulah yang terpaksa dilakukan oleh Konstabel Dilip Kumar Ahirwar untuk memohon cuti lima hari kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya. Menurut laporan, surat yang diserta itu dikatakan ‘terlalu kreatif’ kerana ia turut disertakan dengan kenyataan ‘tidak sanggup berdepan amukan isteri’ sekiranya cuti tidak diluluskan.
Surat bertarikh 7 Disember yang ditujukan kepada Timbalan Ketua Polis Wilayah Bhopal dalam bahasa Hindi itu bagaimanapun tidak ditolak. Disebabkan surat itu dianggap sebagai satu tindakan yang kurang profesional, makan konstabel itu menerima tindakan tatatertib daripada pegawai atasannya.

Image via:https://www.freepressjournal.in/
Dilaporkan, konstabel itu ditukarkan ke jabatan lain kerana tindakannya memohon cuti dengan cara yang tidak sesuai dan kemudian, membiarkan ia tersebar di media sosial.
Walaupun kita seronok dan rasa lucu membaca berita sebegini, tapi bila fikir semula apa punca ada suami yang takut kepada isterinya? Adakah anda juga tergolong dalam kelompok takut isteri? Ini mungkin antara sebab-sebab yang membuatkan seorang suami boleh takut kepada isterinya. Tapi sebagai suami biasanya akan sebut ‘takut-takut sayang’.
1. Terlalu Sayang Isteri Untuk Kebahagiaan Bersama
Sayang isteri sangat pun boleh jadi takut? Sebenarnya ia bukanlah takut yang benar-benar takut, tetapi disebabkan kita terlalu sayang kepada isteri, maka kita lebih cendrung untuk mengalah dalam apa jua hal. Bila bertengkar pasti keadaan menjadi rumit dan itu akan membunuh kebahagiaan rumah tangga.
2. Umur Isteri Lebih Tua Daripada Suami
Biasanya mereka yang mempunyai isteri yang lebih berumur daripada usianya, si suami itu lebih cenderung untuk hormat kepada isterinya. Bukanlah takut kepada isteri, tetapi menghormati pasangan sendiri. Tapi boleh jadi juga ada yang takut untuk memberi pendapat dan pandangan. Bagaimanapun, ketua keluarga tetap menjadi hak suami dan segala keputusan berada di tangan suami.
3. Gaji Isteri Lebih Tinggi
Kes macam ni mungkin tak banyak, tetapi memang ada. Disebabkan gaji isteri lebih banyak daripada gaji suami, maka si suami cenderung untuk menurut apa sahaja kata isteri. Bagi si isteri pula, dia merasakan lebih dominan dalam rumah dan merasakan dia boleh mengawal apa sahaja yang ada di rumah kerana semua urusan adalah hasil daripadanya.
4. Isteri Penuntut Dan Cemburu
Kadang-kadang sikap isteri itu sendiri boleh jadikan si suami takut kepadanya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Bila si isteri mengawal segala aktiviti suaminya dan dengan siapa suaminya boleh berkawan, maka kecerendungan untuk takut isteri itu ada. Tapi boleh jadi lama-kelamaan di suami itu menjadi rimas kerana isterinya selalu membuatkan dia rasa bersalah.
Kebanyakan suami tidak akan sebut dia takut kepada isterinya, tetapi hormat dan sayang. Si isteri pula mungkin tetap akan melayan suaminya dengan baik dan penuh hormat sekiranya suaminya itu tidak menimbulkan masalah. Apa-apa pun, kalau timbul masalah dalam rumah tangga, segeralah berjumpa dengan pakar kaunseling.
Baca juga artikel menarik lain:
Kisah Peristiwa ‘Gelap’ Pulau Jerejak Di Pulau Pinang
Tips Wajib Tahu Sebelum Beli Kasut Sukan
Sumber daripada: Harian Metro & Xtra