Connect with us

Semasa & Hiburan

“Terima Kasih, Sayang..” Terpalit Dengan Kontroversi, Ryzal bersyukur Maryam Tetap Berada Di Sampingnya

Ryzal akui Maryam isteri yang sangat baik. Katanya, duit boleh dicari namun isteri yang setia disamping suami sukar untuk dicari..

Published

on

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap manusia untuk melakukan kesilapan dalam setiap perjalanan mereka di muka bumi ini. Kata orang, perkara yang pahit itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang manis apabila mereka mengambil iktibar dan pengajaran daripada kekhilafan yang terjadi. Sebelum ini, media sosial heboh menghentam pasangan influencer Korea-Malaysia Ryzal Ibrahim dan isteri, Maryam You Narae yang secara tidak sengaja telah mengkritik pakaian tradisional kaum Iban, Sarawak sehingga mereka sanggup mengecam bayi dalam kandungan Maryam.

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di TikTok menunjukkan Ryzal meluahkan isi hatinya kepada Maryam telah mengundang sebak netizen yang turut sama berdukacita dengan nasib yang menimpa mereka. Menurut Ryzal, Maryam adalah isteri yang sangat baik dan setia di samping suami meskipun setelah dikecam hebat oleh netizen. Jelas terpancar keikhlasan dan penyesalan Ryzal atas tempias yang melanda Maryam akibat daripada kesilapannya yang seakan bercakap tanpa berfikir sehingga membuat kaum Iban Sarawak terluka dengan kenyataanya.

Baca juga: Persendakan Pakaian Tradisional Iban Seperti ‘Kain Buruk’ Netizen ‘Sekolahkan’ Ryzal Ibrahim 

“Kebelakangan ini sayang banyak nangis, penat sangat. Semuanya sebab abang. Jadi abang minta maaf ya.

“Terima kasih sayang. Sebab sayang penat macam ni pun, Sayang selalu ada dengan abang, masih sayangkan abang.

“Sayang paling terbaik dalam dunia ini. Kalau orang lain jadi macam ni kat abang, mungkin dia dah pergi tinggalkan abang.

“Duit, banyak kita boleh cari tapi, seseorang yang sentiasa ada di sisi abang tak boleh cari.” luah Ryzal dalam nada yang sebak.

Bukan mudah untuk menerima kenyataan yang perit ini lebih-lebih lagi apabila dikecam oleh satu dunia. Sebelum mereka berpindah ke Malaysia, Maryam berhadapan dengan masalah depresi yang teruk sehingga pernah berniat untuk membunuh diri. Kemelut yang melanda mereka ini turut memberi kesan yang mendalam kepada emosi dan mental Maryam, lebih-lebih lagi apabila Maryam kini sedang hamil 6 bulan. Menurut Maryam, dia menerima setiap perkara yang jadi dan memaafkan suaminya, Ryzal dengan ikhlas.

“Saya boleh maafkan semua yang abang buat. Ini semua tiada apa bagi saya. Saya tak fikir apa-apa bila abang buat kesalahan itu. Saya tak ada perasaan benci, perasaan marah, menyampah pun tak ada. saya cuma risau pasal abang.

“Saya tak fikir pun tentang saya, saya cuma beri perhatian macam mana untuk melindungi abang, beri sokongan pada abang. itu sahaja saya fikir. Semua itu tak ada apa bagi saya” kata Maryam dalam nada yang sayu.

Menerjah di ruangan komen video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu, rata-rata daripada netizen bersedih dengan luahan hati Ryzal dan Maryam, mereka turut mendoakan kesejahteraan Maryam agar dia diberi kekuatan dan kembali tersenyum bahagia seperti sedia kala. Ramai yang rindu keletah Maryam di samping suami yang ceria.

Bagaimanapun, Ryzal telahpun meminta maaf secara terbuka kepada warga Sarawak. Sama-sama kita doakan agar Maryam terus bersemangat, kembali sihat dan mendapat kekuatan untuk menghadapi liku-liku kehidupan ini.

Baca juga: “Jangan Cakap Buruk Pasal Anak Saya Lagi” – Maryam Sedih Terpalit Kontroversi Sehingga Ada Yang Libatkan Kandungannya

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: TikTok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement