Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tengah Malam Si Khinzir Ni Terbang” – Nak Tunjuk Hero Depan Anak, Akhirnya Shaheizy Sam Tewas

Ngerinya bila kena ‘serang’ dengan lipas terbang. Lebih menghiburkan lagi apabila pelakon yang pernah memegang watak ‘polis’ lari bila lipas terbang kearahnya.

Published

on

Apabila bercakap mengenai lipas terbang ni, rasanya setiap daripada kita mesti ada pengalaman pahit dengan lipas kan? Ada yang pernah lipas masuk seluar, hinggap di tangan dan berjalan di atas badan masa tidur dan macam-macam lagi. Baru-baru ini, pelakon tanah air terkenal Shaheizy Sam dan anaknya, Syeriv berhadapan detik cemas apabila cuba mematikan lipas terbang dengan menggunakan spray lipas. Kelakar tau gelagat dua beranak ni, terutamanya Sam yang acah gah depan anak tapi sebenarnya ‘segan’ dengan lipas katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Lebih menghiburkan lagi apabila Sam yang pernah memegang watak polis menunjukkan dirinya yang sebenar apabila berhadapan dengan lipas terbang. Alamak, dah hilang ‘macho’ la macam ni sebab dah terkantoi Sam takut lipas. Hiks! Namun begitu, akibat terkejut apabila lipas itu terbang ke arahnya, Sam secara tak sengaja menekan spray itu sehingga terkena anaknya. Aduhai, tak memasal anak yang di spray.. 

Baca juga: “Cantiknya Lisa, Bertambah Seri..” – Penampilan Baharu Lisa Surihani Memegunkan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Sam berkata insiden tersebut tak menghiburkan malah mengundang kerisauan mereka kepada keadaan Syeriv yang terkena tempias spray lipas terbang tersebut. Seperti yang kita tahu spray mengandungi racun yang boleh menyebabkan jangkitan dan amat bahaya. Kalau dah terkejut kadang kala aksi spontan sebegitu yang akan terjadi.

Apa-apa pun semoga si comel Syeriv itu dalam keadaan baik-baik saja. Fuhh.. Kalau lipas yang tak terbang pun geli, ini kan pula lipas terbang. Haa..cuba cerita apa pengalaman paling pahit anda dengan lipas?

Baca juga: “Benda Macam Ni Sakitkan Hati Saya!” – Mat Dan Meluahkan Rasa Geram

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Shaheizy Sam 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement