Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Temu Janji ‘Ngeri’ Terpaksa Belanja Makan Lebih 20 Orang Kenalan Wanita Baru Dikenalinya

Ada-ada sajalah…

Published

on

Seperti dalam babak filem P. Ramlee apabila seorang pemuda di China diperdaya seorang wanita yang baru dikenalinya semasa mereka keluar temu janji, kerana wanita itu tidak datang seorang diri tetapi bersama 23 lagi rakan dan saudaranya. Kebiasaannya apabila keluar ‘berdating’ pasti ianya menjadi kenangan manis dan memori indah buat pasangan yang baru nak mengenali hati budi masing-masing. Tapi lain pula jadinya bila lelaki tersebut dikenakan bayaran di sebuah restoran sebanyak 19,800 yuan (RM12,311).

Bagi lelaki itu, pertemuan pertama mereka itu merupakan satu mimpi ngeri. Namun, wanita tersebut menyatakan tujuannya adalah untuk menguji kemurahan hati lelaki yang baru dikenalinya itu. Tetapi boleh dilihat agak gila jugalah apabila wanita itu memutuskan untuk membawa lebih 20 orang semasa temu janji pertama mereka.

Menurut laporan, lelaki yang dikenali sebagai Liu berusia 29 tahun dari wilayah Zhejiang itu bersetuju bertemu wanita itu buat pertama kali selepas diperkenalkan oleh ibunya. Mereka memilih mengadakan pertemuan di sebuah restoran di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China. Namun, kecewalah lelaki tersebut apabila wanita terbabit turut membawa kenalan dan saudaranya untuk makan bersama mereka.

Semasa mereka semua sedang menikmati hidangan, lelaki itu memutuskan untuk  meninggalkan makan malam itu lebih awal. Jumlah bil yang banyak itu pula tidak dibayarnya, lalu meninggalkan wanita terbabit yang terpaksa menjelaskan jumlah bil tersebut selepas Liu gagal dihubungi. Tetapi akhirnya Liu bersetuju membayar untuk dua meja sahaja dan baki 15,402 yuan (RM9,576) perlu dibayar wanita itu.

Dalam pada itu, kejadian memalukan itu tersebar luas di China dan rata-rata warganet di sana melahirkan rasa simpati kepada Liu dan menggelar wanita itu tidak tahu malu. Apa-apa pun, insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dilihat sebagai satu tindakan mengambil kesempatan terhadap orang yang baru dikenali.

Baca juga artikel menarik lain:

Hanya Kerana Cinta, Wanita Ini Tidak Melihat Cahaya Selama 25 Tahun

Taman Tema ‘Seram’ Ini Dibuka Hanya Setahun Sekali Sahaja

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement