Connect with us

Semasa & Hiburan

  Teme Abdullah Inspirasi Anak Muda, Trending Di Twitter Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

Hari ini, “Teme” trending di Twitter sempena ulang tahunnya. Sebanyak hampir 7.2 ribu ciapan berlegar-legar di laman Twitter dengan ucapan hari jadi buat Teme.

Published

on

Teme Abdullah adalah seorang arkitek dan penulis yang dikenali ramai. Buku pertamanya yang berjudul “Pelukis Jalanan” yang mengisahkan tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi pelukis jalanan mendapat sambutan yang sangat baik. Kisah yang ditulis di dalam buku tersebut menyentuh perasaan ramai kerana ianya adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh Teme.

Walaupun Teme Abdullah menyembunyikan identitinya daripada orang ramai, dia adalah satu entiti yang menjadi inspirasi buat ramai terutamanya anak muda. Kejayaan yang telah dicapainya sehingga hari ini begitu mengagumkan sehingga Agong dan Permaisuri Agong sendiri memberikan penghargaan mereka buat arkitek muda ini.

Baca juga: “You Are The Light Amidst Darkness” –  Kemenangan Pandelela Rinong Suntik Semangat Buat Rakyat Malaysia

Karakter Teme yang sentiasa merendah diri dan berbudi bahasa membuatkan orang ramai lebih jatuh sayang kepadanya walaupun mereka tidak pernah melihat wajah Teme di media sosial mahupun secara berhadapan. Hari ini, “Teme” trending di Twitter sempena ulang tahunnya. Sebanyak hampir 7.2 ribu ciapan berlegar-legar di laman Twitter dengan ucapan hari jadi buat Teme.

 

Teme yang tidak mewar-warkan hari jadinya di laman sosial terkejut dengan ribuan ucapan yang diterimanya. “Terima kasih kerana masih ingat…” ujar Teme yang terharu dengan situasi ini.

 

Ucapan doa dan kata-kata yang baik tidak putus-putus diberikan untuk Teme. Rata-rata wargamaya berkata bahawa dia adalah inspirasi buat mereka dan semoga dia terus menjadi inspirasi di masa hadapan.

Kita ucapkan selamat ulang tahun buat Teme Abdullah dan semoga sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Jika boleh pulang ke Malaysia, marilah melawat tanah air. Kami rindukan Teme.

 

Baca juga: “Habis Doa Hujan Berhenti, Allah Maha Mengetahui” – Nora Danish Berjaya Khatam Al-Quran Lagi

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement