Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Taman Tema ‘Seram’ Ini Dibuka Hanya Setahun Sekali Sahaja

Memang menyeramkan!

Published

on

Siapa je yang tak suka pergi ke taman tema permainan seperti Genting Highland dan Sunway Lagoon. Lagi-lagi waktu kita kecil dulu selalu ajak family kita pergi ke taman tema ni masa cuti sekolah. Ia menjadi tempat tumpuan para pelancong setiap tahun dan pasti dipenuhi semasa musim cuti. Kalau nak cerita pasal taman tema yang seram, mungkin di Malaysia yang paling dikenali adalah Mimaland yang terletak di Jalan Gombak, Selangor. Rasanya semua dah pernah dengar kisah bagaimana taman tema Mimaland ditutup selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa di situ. Kini, Mimaland menjadi tempat kunjungan mereka yang gemar dengan perkara-perkara misteri. Tapi tempat ni sebenarnya dah menjadi tempat larangan, dan kalau siapa yang masuk dikira sebagai penceroboh.

Walau bagaimanapun, terdapat satu taman tema misteri yang terletak di Carolina Utara, Amerika Syarikat yang telah ditutup lama, namn dibuka setahun sekali buat pengunjung yang mahu rasakan sendiri suasana misteri tempat itu. 

Taman Tema ‘Land Of Oz’ Penuh Misteri

Mungkin untuk generasi baru sekarang kurang mengenali dengan cerita dongeng ‘Wizard of Oz’ yang terkenal satu ketika dahulu. Ia menceritakan tentang perjalanan seorang gadis bernama Dorothy yang ditiup angin taufan dan terhempas ke satu negeri ajaib bernama Oz. Cerita dogeng ini difilemkan pada tahun 1939 dan menjadi satu fantasi yang mampu membuat kanak-kanak teruja. Jadi macam mana daripada kisah dongeng yang tiada unsur seram langsung boleh menjadikan taman tema ini seram?

Taman tema ini secara khususnya berpangkalan di Beech Mountain, North Carolina. Dengan menggunakan latar belakang kisah dongeng ‘Wizard of Oz,’ taman tema ini menjadi tarikan buat penggemar dunia ajaib. Taman tema ini pernah satu ketika menerima seramai 400,000 pengunjung semasa musim panas. Land of Oz diusahakan menggunakan tenaga kerja dan penghibur tempatan untuk membantu meningkatkan ekonomi di kawasan Beech Mountain. 

Land of Oz adalah usaha besar di pegunungan North Carolina. Taman ini dilaporkan dibangun menggunakan tenaga kerja dan penghibur tempatan untuk membantu meningkatkan ekonomi Beech Mountain. Antara tarikan utamanya adalah resort ski yang dibuka pada musim bunga, musim panas, dan musim luruh. Tapi lepas 10 tahun beroperasi, taman tema ini terpaksa ditutup kerana kemalangan yang berlaku dan semakin kurangnya pengunjung ke situ.

Antara kisah misteri lain yang dikaitkan dengan taman tema tersebut adalah tentang pemilik taman tema tersebut yang mati akibat cancer sebelum taman tema itu dibuka pada tahun 1970. Pada tahun 1975, Sebahagian taman tema tersebut musnah dalam kebakaran api, sekaligus melumpuhkan taman tema itu. Tidak ada seorang pun yang tahu dari mana datangnya punca api kebakaran tersebut. Selepas kejadian itu, pencuri mula masuk ke muzium taman tema itu dan mencuri kostum-kostum dari filem ‘Wizard of Oz’ yang asli. Kawasan persekitaran juga dirosakkan oleh mereka yang memecah masuk ke dalam taman tema itu. 

Dibuka Setahun Sekali Kepada Pengunjung Yang Berani!

Kini, Land of Oz dibuka semula setahun sekali melalui pesta ‘Autumn in Oz’ untuk memperingati kisah misteri Dorothy di negeri ajaib Oz. Kawasan di dalam taman tema itu juga mula dibaiki sikit demi sedikit bermula tahun 1990-an. Selain acara tahunan itu, taman tema ini juga dapat disewa untuk pelbagai acara, seperti majlis kahwin atau lawatan peribadi. Para pengunjung yang melawat taman tema tersebut mengatakan bahawa suasana di situ amat menyeramkan dan tidak lagi mengambarkan suasana negeri ajaib, sebaliknya menggambarkan suasana tempat tinggal ahli sihir yang jahat. Land of Oz kini seolah-olah membawa para pengunjung ke dunia yang lain.

Selain itu, lagu ‘Somewhere Over the Rainbow’ dikatakan akan dimainkan tepat jam 12 tengah malam dan ia bukan lah seperti lagu harmoni yang dimainkan di dalam filem ‘Wizard of Oz’. Lagu lama itu dikatakan sedikit rosak dan ia mula menghasilkan bunyi-bunyi yang menyeramkan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami

Tak Sangka Ada 3 Tempat Di Bumi Seakan Di Planet Marikh Sehingga Saintis..

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Artis terlanjur. Taman Tema Seram Ini Dibuka Hanya Setahun Sekali Sahaja - DUNIA ARTIS POPULAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement