Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Nia Ramadhani Tak Tahu Sukat Gula Untuk Bancuh Kopi Ketika Mertua Datang

Yang penting mertua sayang kan..

Published

on

Kebanyakkan menantu wanita pasti merasa nervous ataupun gementar bila mertua berkunjung ke rumah. Yelah, masa itulah kebolehan sebenar seorang wanita membancuh air atau menyediakan makanan akan diuji. Heh..heh..

Jika makanan boleh dibeli, bab air rasanya lebih disayangi kalau bancuh sendiri sis.

Perkara paling penting ketika ingin membancuh kopi adalah sukatan air, gula dan serbuk kopi itu sendiri. Semua main peranan tau! Jika terkurang atau terlebih salah satu daripada bahan, rasa yang dinginkan tidak mungkin dapat dicapai.

Sama seperti kita semua, pelakon terkenal di Indonesia dan juga dikenali di Malaysia iaitu Nia Ramadhani baru-baru ini membuat pengakuan bahawa dia tidak pandai menyukat kandungan gula untuk membancuh air kopi.

Ketika itu, saya disuruh untuk membancuh air kopi atau teh untuk mertua. Disebabkan tidak tahu sukatan gulanya, saya bawa semua gula itu di sampingnya. Bila diminta untuk membancuhnya saya takut,” ujarnya.

Nia juga berkata, dia pernah diminta memotong buah oleh mertuanya sebagai hidangan. Namun sekali lagi beliau jujur kerana tidak tahu cara sebenar memotong buah. Tambahnya;

Disebakan tidak tahu memotong buah, saya hanya temankannya sahaja.”

Tidak mengapa, tidak pandai boleh belajar kan Nia kan? Yang penting hubungannya bersama mertua baik dan masih disayangi.

 

Baca juga:

Nia Ramadhani Disayangi Mertua Walaupun Kerap Bangun Lambat? Ini Tips Lain Pikat Hati Mertua

Nia Ramadhani Habiskan RM129,000 Untuk Rumah Anjing

 

 

 

 

 

Sumber: Tribun News

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement