Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tak Suka Tinggal Seorang Diri Di Pulau? Ini 8 Pulau Paling Misteri Di Dunia

Misteri tapi menarik…

Published

on

Siapa je yang suka dan berharap akan terdampar seorang diri di pulau. Kalau ia berlaku, itu mungkin menjadi satu mimpi ngeri. Tapi untuk kali ini, jom kita tengok apakah pulau-pulau misteri yang ada di dunia. Mungkin ada yang sukakan cabaran untuk melawat pulau-pulau misteri ini.

8. Pulau Socotra

Pulau ini terletak berhampiran dengan pantai Somalia di lautan India. Pulau ini dikatakan seolah-olah sebuah planet yang asing kerana bentuk tumbuhan di sana yang tidak ada di tempat lain di bumi. Pulau ini merupakan rumah bagi spesies tumbuhan unik tersebut. Terdapat sebuah pokok Darah Naga yang nampak macam payung semula jadi. Tidak banyak makhluk lain yang mendiami pulau ini selain daripada kelawar dan serangga. Kali terakhir ia dihuni manusia adalah sekitar tahun 100 Masihi. Apa yang menjadikan pulau ini misteri adalah terdapat berpuluh-puluh kapal karam dijumpai di pulau ini.

7. Palmyra Atoll

Image via: Youtube

Secara teknikalnya ia bukanlah sebuah pulau tapi sebuah atoll. Kalau nak tahu atoll ni merupakan sekumpulan terumbu karang yang berbentuk melingkar menyerupai sebuah cincin yang mengelilingi sebuah laguna di dalamnya. Pulau ini juga dikenali sebagai Pulau Palmyra terletak di antara Samoa Amerika dan Hawaii. Walaupun penuh dengan tumbuhan-tumbuhan yang rimbun dan nampak macam tak pernah diusik manusia, pulau ini sering jadi topik cerita tahyul dan cerita rakyat. Dikatakan mereka yang pernah meninjau pulau tersebut ternampak benda-benda pelik seperti hantu dan raksasa laut. Terdapat juga kisah harta karun Incan yang hilang yang mungkin masih ada di pulau tu. Selain itu, dikatakan juga terdapat banyak ikan Yu yang memakan manusia tinggal di pulau tersebut. 

6. Pulau Ular

Pulau ini terletak berhampiran dengan Brazil. Dinamakan Pulau Ular sebab banyak gila ular dekat pulau ni. Spesies ular yang ada dekat pula tu pula diklasifikasikan sebagai yang paling beracun di dunia. Sangat jarang ada orang nak pergi ke Pulau Ular. Kalau ada yang pergi ke pulau tu pun mungkin seperti ekspedisi Nat Geo bagi tujuan pengambaran. Walaupun Pulau Ular menjadi pulau yang tidak sepatutnya dikunjungi, ada juga cerita di mana seorang lelaki yang pergi ke pulau tersebut ditemui mati dengan darah memenuhi seluruh badannya.  Keberadaan ular-ular di pulau tersebut kekal misteri.

5. Pulau Miyake-Jima

Pulau di Jepun ini boleh dikira sebagai pulau yang beracun. Sesiapa sahaja yang tinggal di pulau tersebut wajib untuk memiliki topeng gas dan sentiasa membawa topeng gas ke mana sahaja. Ianya kerana terdapat gunung berapi aktif di Pulau Miyake-Jima. Walaupun ada gunung berapi, ancaman di pulau tersebut bukanlah letusan gunung berapi tersebut, tetapi gas beracun yang dihasilkan selepas letusan. Pada tahun 1962, semua penduduk di situ di pindahkan selepas terjadi letusan yang sangat kuat, tapi mereka kembali ke pulau tersebut pada tahun 2000. Kini kira-kira 2,415 orang tinggal di Pulau Miyake-Jima.

4. Pulau Barsa-Kelmes

Barsa-Kelmes merupakan bahasa Kazakh yang bermaksud ‘tanah yang tiada kembali’. Maksudnya siapa yang pergi tidak akan kembali, dan kalau datang balik pun tidak akan sama. Nama pulau ini berasal daripada legenda kuno yang menceritakan tentang pelarian yang tinggal selama setahun di pulau tersebut tapi bila mereka pulang ke rumah, usia mereka seperti dah berpuluh tahun lamanya meninggalkan rumah. Terdapat juga sekumpulan orang yang hilang di pulau tu dan dipercayai telah dimakan oleh haiwan dari zaman prasejarah. 

3. Pulai Poveglia

Pulau di Venice ini pernah menjadi penempatan pesakit Wabak Hitam atau the black plague. Semasa berlakunya pandemik Wabak Hitam, pulau ini menjadi tempat terakhir bagi 160,000 pesakit dimana 50% tanah di pulau tersebut terdiri daripada abu mayat yang dibakar. Pada tahun 1920-an, pemerintah Itali membuka sebuah hospital untuk pesakit mental di pulau tersebut. Pesakit yang ditempatkan di situ dikatakan tidak tenang sebab banyak orang mati terseksa di pulau tu. Tambahan lagi, dikatakan doktor di hospital mental itu melakukan eksperimen yang mengerikan terhadap pesakit di situ. Sebab kenapa doktor tersebut bunuh diri selepas tu masih menjadi misteri. Lepas daripada insiden-insiden tersebut, hospital mental tu pun ditutup. Sekarang pulau ni kosong tanpa penghuni.

2. Pulau Patung

The Island of The Doll cukup terkenal lepas gambar-gambar sekitar pulau tersebut yang dipenuhi dengan patung-patung menjadi tular di media sosial. Dikatakan seorang lelaki bernama Julian Santana Barrera tinggal di pulau tersebut berseorangan. Selepas satu kejadian di mana seorang gadis dijumpai lemas di tepi pantai, Julian mengatakan dia menemui banyak patung-patung yang terapung berhampiran dengan gadis tersebut. Kemudian, sebagai tanda penghormatan, Julian mengenakan pakaian kepada patung-patung tersebut dan mengantungnya di pokok-pokok. Ia juga sebagai satu cara melindungi dirinya daripada roh jahat. Julian telah mengumpulkan patung-patung yang nampak seram tu selama 50 tahun sampailah dia sendiri yang lemas. Mayatnya dijumpai di tempat yang sama dengan gadis yang mati lemas tu.

1. Pulau Easter

Pulau Easter atau Rapa Nui yang terletak di Chile ini mempunyai 887 patung atau ukiran patung dari batu yang aneh. Ia berukuran lebih daripada 3 tingkat bangunan dan dikenali sebagai patung Moia. Patung-patung ini juga mempunyai berat sebanyak 14 tan. Yang menjadi persoalan kepada para pengkaji adalah bagaimana penduduk Polinesia waktu dulu boleh membina patung sebesar tu dengan menggunakan alat-alat yang primitif. Bagaimana batu-batu ukiran itu diletakkan di tempat-tempatnya masih menjadi persoalan dan misteri sehingga ke hari ini.

Baca juga artikel menarik lain:

5 Foto Paling Mahal Di Dunia Yang Pernah Dijual

Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement