Connect with us

Semasa & Hiburan

“Tak Serik Langgar SOP..” – Lebih 15 Ribu Netizen Sokong Petisyen ‘Sumbat’ Neelofa Dalam Penjara 

Neelofa sekali lagi menimbulkan spekulasi apabila melanggar SOP Aidilfitri. Hal ini telah menimbulkan amarah netizen sehingga muncul petisyen yang meminta Neelofa..

Published

on

Baru-baru ini, Neelofa dan keluarganya sekali lagi terpalit dengan kontroversi di mana tular sebuah video mereka sekeluarga menyambut syawal bersama-sama. Hal ini telah mengundang kemarahan netizen yang telah mempertikaikan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti ziarah-menziarahi semasa hari raya di saat negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Acap kali melanggar SOP, seorang individu telah memulakan sebuah petisyen yang bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera sehingga tular di sekitar laman sosial Twitter dan kini telah meraih sebanyak 15 ribu sokongan. Angka tandangan netizen ini semakin lama semakin meningkat yang seolah-olah telah membuktikan bahawa netizen benar-benar kecewa dengan sikap Neelofa sekeluarga yang tidak mengikut SOP.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau,” tulis keterangan pada petisyen tersebut.

Kemunculan petisyen ini difahamkan bermula daripada sebuah kenyataan media rasmi Pihak Polis Brickfields yang dikatakan telah mengubah SOP Hari Raya Aidilfitri. Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Twitter akaun milik Polis Diraja Malaysia, Ketua Daerah Polis Brickflieds, Anuar Bin Hj. Omar (ACP) berkata aktiviti ziarah-menziarahi di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dibenarkan dan dikira sebagai satu kawasan jangkitan meskipun dalam PKP.

Baca juga: “Lagi-Lagi Muka Kau! Kayangan Sangat Ke Kau?” Azwan Ali Selar Tindakan Neelofa Didakwa Langgar SOP

Lantaran itu, kenyataan media itu membuatkan netizen tidak berpuas hati dan membanjiri ruangan komen ciapan tersebut dengan menampilkan SOP Hari Raya daripada kenyataan media YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa pengumuman PKP diisytiharkan seluruh negara. Netizen sekali lagi berang dengan tindakan pihak berkuasa yang seakan tidak telus dalam menjalankan amanah negara dek kerana dikatakan masih wujud double standard dalam golongan kayangan dan golongan marhaen.

Antara kesalahan Neelofa yang tertera dalam petisyen tersebut ialah mengadakan majlis perkahwinan, merentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah, merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaru melanggar SOP Hari Raya Aidilfitri. Terdahulu Neelofa serta keluarga dikenakan kompaun atas dakwaan melanggar SOP majlis perkahwinan. Kini, menurut laman portal Harian Metro, Neelofa dan suami, Haris Ismail akan dihadapkan ke mahkamah bagi menyelesaikan isu rentas negeri ke Nilai 3.

Bagaimanapun, sebarang kenyataan mengenai isu langgar SOP Aidilfitri masih belum dikeluarkan  daripada pihak berkuasa dan pihak Neelofa bagi mengulas isu yang sedang hangat menjadi buah mulut orang ramai. Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: “Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” – Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter, Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement