Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tak Sangka Ada 3 Tempat Di Bumi Seakan Di Planet Marikh Sehingga Saintis..

Tak jauh dah nak gi ‘planet Marikh’

Published

on

Planet Marikh merupakan planet yang keempat dalam sistem solar kita, dan ianya antara planet yang hampir dengan Bumi. Para saintis tentunya sudah sekian lama mengidamkan dan membuat eksplorasi untuk membolehkan manusia tinggal di sana. Kita pula sebagai orang biasa ni, mungkin itu sekadar angan-angan sahaja. Tapi sebenarnya dekat Bumi ni ada satu tempat yang seakan-akan planet Marikh. Di kawasan itu, tanahnya berwarna coklat kemerahan dan diselaputi dengan taburan pasir vulkanik hitam. Di tempat asing ini juga terdapat batu-batu basalt gelap memenuhi lembah-lembah dan tebing yang gersang. Dan ditengah-tengah pemandangan yang suram ini lah kajian berkenaan planet Marikh dijalankan, cuma ianya bukan benar-benar di Marikh, tetapi di Bumi. Iceland Utara lebih tepat.

Para saintis sebenarnya sekian lama mencari kawasan di muka Bumi ini yang seakan-akan planet Marikh. Kawasan di Iceland Utara itu membantu menguji peralatan khas dan alatan saintifik yang lain untuk di hantar ke planet Marikh. Kawasan tersebut turut menjadi tempat latihan angkasawan untuk misi ke planet Marikh pada masa akan datang. Kawasan tersebut memberi gambaran seakan-akan berjalan di permukaan planet Marikh. Tapi bukan Iceland Utara je yang macam Planet Marikh, ada juga kawasan-kawasan lain di bumi ni yang seakan-akan permukaan di Marikh. 

Gurun Atacama, Chile

Di tengah-tengah Gurun Atacama,  berhampiran bandar perlombongan Yungay yang terbengkalai di sebelah selatan Kota Antofagasta, merupakan satu-satunya kawasan yang paling menyerupai planet Marikh di bumi. Ia merupakan salah satu kawasan yang paling kering di bumi dan boleh menjadi kering selama beberapa dekad kerana tiadanya hujan. Sekali pandang kawasan tersebut kelihatan sangat mirip dengan keadaan Marikh masa kini yang merupakan padang pasir batu yang sejuk dan sepi.

Walaupun suhu di Atacama tidak serendah Marikh, iaitu antara -195 ° C hingga 20 ° C, Tetapi tanah di kawasan itu sama seperti di planet Marikh. Gurun Atacama sering digunakan sebagai tempat menguji robot yang akan dihantar untuk misi ke planet Marikh. Alatan yang digunakan pada Viking 1, Viking 2, dan pendaratan Phoenix Mars bersama ExoMars Rover semuanya telah diuji di Gurun Atacama. Kalau anda teringin nak ke sana, lapangan terbang terdekat adalah di Antofagasta, Chile.

Lembah Kering McMurdo, Antartica

Mungkin ciri paling asing yang terdapat di lembah ini adalah penemuan satu titik glasier meletus melalui pergunungan di kepala lembah Taylor. Di sini air garam beroksida mengalir keluar dan membentuk kotoran berwarna merah seperti darah. Selain itu, lembah tersebut turut dilanda angin taufan yang menghasilkan tiupan angin sekuat 320 kilometer sejam. Ia tiga kali lebih kuat berbanding di planet Marikh. Memang satu kawasan yang bahaya.

Terdapat juga beberapa kawasan yang tidak pernah mengalami hujan selama berjuta tahun, dan yang turun hanyalah salji. Kalau cuaca menjadi terlalu ekstrem, maka salji yang turun itu akan bertukar menjadi gas. Situasi ini sama seperti di Marikh. Nak masuk ke tempat tu agak sukar sebab memerlukan kenderaan seperti pesawat tentera atau helikopter. Jadi ia bukan lah tempat yang mudah untuk dilawati. 

Hanksville, Utah

Jauh di Canyonlands dari dataran tinggi Colorado merangkumi empat negeri di barat daya Amerika Syarikat. Ia merupakan kawasan yang berasal dari zaman akhir jurassic. Lumpur dan pasir yang di tinggalkan dari zaman kuno itu telah membentuk pemandangan merah-oren di gurun Utah yang kelihatan dan menyerupai Marikh.

Kawasan yang berhampiran dengan bandar Hanksville itu pernah digunakan oleh Agensi Angkasa Kanada dan saintis dari Britain untuk menguji kamera dan instrumen lain yang akhirnya dapat dihantar ke Marikh. Kawasan seperti planet Marikh ini terletak hanya 11 kilometer di barat laut Hanksville. Kalau nak pergi boleh turun dekat airport Hanksville. 

Jadi itulah antara kawasan-kawasan di muka bumi ini yang menyerupai Marikh dari segi persekitaran, warna dan keadaan permukaan.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

6 Haiwan Yang Dikenali Dengan Sifat Setia

Suka Makan Mi Goreng Mamak? Ini Sebab Ia Sering Dihidangkan Bersama Limau Nipis

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement