Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tak Perlu Sembelih, Kini Daging Boleh Dihasilkan Guna Pencetak 3D

Kalau ada mesin cetak tu tiap-tiap hari boleh makan daging…

Published

on

Kalau 20 tahun yang lalu mungkin ia dikatakan mustahil. Yelah macam mana nak dapatkan daging kalau tak disembelih. Namun, kini perkara tersebut berjaya dihasilkan dengan menggunakan printer 3D. Daging alternatif (alt-meat) ini dikatakan mempunyai kualiti, rasa dan tekstur yang sama dengan daging sebenar. Selain itu, tempoh untuk menghasilkannya juga tidak lama, di mana dalam masa 1 jam, beribu unit daging dapat dihasilkan oleh pencetak 3D tersebut.

Siapa yang menghasilkan daging altenatif ni? Menurut laporan dua syarikat Israel menjadi pelopor dalam teknologi ini iaitu Redefine Meat dan MeaTech. Kedua-dua syarikat terbabit menggunakan sumber yang berbeza untuk mencetak alt-meat. Redefine Meat dikatakan menggunakan bahan asas tumbuhan yang terdiri daripada soya, kacang, minyak bunga matahari, lemak kelapa, bahan pewarna dan perasa semula jadi untuk menghasilkan alt-meat

Manakala MeaTech menggunakan bahan berasaskan sel kultur lembu yang diambil daripada lembu tanpa perlu menyembelih. Sel tersebut kemudian digunakan untuk mencetak daging. Daging yang dihasilkan oleh kedua-dua syarikat ini sememangnya mempunyai rasa daging yang sebenar.

Apa Kelebihan Teknologi Ini?

Kelebihan yang pertama tentulah ia akan mengurangkan jumlah haiwan sembelihan untuk mendapatkan daging. Kos penternakan juga akan berkurangan sebab daging boleh dihasilkan dalam unit yang banyak melalui jumlah haiwan yang ada. Selain itu, ia juga dikatakan dapat menjaga kualiti keselamatan daging (food security) dengan lebih baik.

Seterusnya, jika kaedah pencetakan 3D ini semakin meluas, daging dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dengan kuantiti yang banyak. Kalau haiwan ternakan, kita kena tunggulah sampai haiwan tu dah ready untuk disembelih. Dalam masa yang sama, kualiti daging juga dapat dijaga dengan baik dari sudut kesihatan. Nutrisi dan jumlah kolestrol dapat dimanipulasi dalam daging tersebut dan menjadikan ia sihat untuk dimakan.

Kelebihan yang terakhir adalah ia dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida akibat daripada aktiviti penternakan. Teknologi ini juga dikatakan diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tapi persoalan bagi umat Islam pula, adakah ianya halal dimakan?

Halal Ke Daging Cetak 3D Ni?

Menurut seorang pengguna Twitter, daging alternatif atau daging kultur ini tidak diharamkan terus. Sebabnya adalah kerana daging kultur ini secara teknikal sama seperti air kultur bakteria (yogurt). Daging kultur juga tidak mempunyai darah. Tapi ia perlu diambil daripada haiwan yang halal. Jadi ia dikira halal dan harus. 

Ada juga pendapat menyatakan sel kultur tersebut perlulah diambil daripada haiwan yang disembelih. Manakala daging berasaskan tumbuhan pula sememangnya halal kerana ramuannya adalah dari tumbuhan.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

Fakta² Menarik Peninju Tersohor – Muhammad Ali

 

 

 

 

Sumber daripada: The Patriots

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement