Connect with us

Semasa & Hiburan

“Tak Payahlah Kahwin” – Erra Fazira Berhasrat Untuk Berkahwin, Namun Tidak Dipersetujui Anaknya

Tanpa berselindung, Erra Fazira juga tidak berhasrat untuk selama-lama bergelar ibu tunggal…

Published

on

Minggu lalu, wargamaya berkongsi kisah mengejutkan dengan perkahwinan Noor Nabila Mohd Noor bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin. Ramai tumpang gembira dengan perkahwinan mereka, termasuklah bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan seorang pelakon. Terbaharu, Erra Fazira pula ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia turut berhasrat untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu jodoh yang baik.

Penyanyi dan juga pelakon tersohor tanah air itu juga berkata dia akan kembali bergelar isteri orang jika mendapat keizinan daripada puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran. Kata Erra, dia pernah bertanyakan Aleesya tentang hasrat tersebut, namun anak hasil perkahwinannya dengan Engku Emran itu seperti memberi bayangan tidak mahu ibunya mendirikan rumah tangga dan enggan memiliki bapa tiri suatu hari nanti.

“Saya ada tanya Aleesya. Tetapi dia jawab ‘tidak payahlah’. Saya harap dia cuma bergurau sahaja kerana saya sendiri pun tidak mahu ‘melopong’ (bergelar janda) sahaja selama-lamanya,” ujar pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu.

Bagaimanapun Erra, 47 tahun, tidak berselindung tentang hasratnya untuk berkahwin jika bertemu lelaki yang tepat suatu hari nanti. Baginya, dia tidak mahu untuk bergelar ibu tunggal untuk selama-lamanya. Sekiranya ada jodoh yang baik dan tepat, Erra akan berkahwin jua.

Dalam pada itu, sedikit ulasan mengenai perkahwinan kali ketiga bekas suaminya, Erra memaklumkan bahawa Aleesya, 11 tahun, berasa sangat gembira dan teruja kerana secara tidak langsung dia kini menjadi kakak dan mempunyai seorang adik tiri. Tambahan lagi, Aleesya sendiri pernah menyatakan keinginan untuk mempunyai seorang adik suatu hari nanti selepas 11 tahun bergelar anak tunggal.

“Aleesya juga sering memuji Jebat dengan menyifatkan adik tirinya yang berusia tiga tahun itu sebagai seorang kanak-kanak pintar dan cerdik,” ujar Erra.

Erra juga sempat menitipkan pesanan buat anak perempuannya itu supaya menjadi kakak yang baik dan sentiasa menyayangi adiknya itu. Semoga niat murni Erra untuk kembali mendirikan rumah tangga kelak dipermudahkan, dan Aleesya juga menerima niat baik ibunya itu. 

Baca juga artikel menarik lain:

Pengaruh Gadget Terhadap Anak-Anak, Terkawal Atau Tidak?

Cari Bomoh Untuk Lakukan Upacara ‘Pindah Janin’ Akhirnya Dirogol Sebanyak 3 Kali

 

 

 

 

Sumber berita: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement