Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tak Payah Tunggu Neelofa Untuk Rasai Halawatul Iman” – Peminat #LofaRiz Terlalu Taksub?

Peminat Neelofa dan Haris dikatakan terlalu mengagungkan mereka.

Published

on

Perkahwinan indah selebriti terkenal Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail masih menjadi perbualan hangat di semua media sosial terutamanya di aplikasi Twitter. Rata-rata daripada peminat mereka, menumpang kebahagiaan di atas pernikahan dua merpati sejoli ini sehingga tercetusnya hashtag khas untuk mereka berdua iaitu #NLFH yang membawa makna #NeelofaLoveForeverHaris.

Namun begitu, ada di kalangan wargamaya yang mempersoalkan mengenai konsep pelamin mereka yang dikatakan terinspirasi melalui pertemuan Nabi Adam A.S dan Hawa A.S. Perancang perkahwinan tersohor, Reka Teemor mendedahkan bahawa rekaan pelamin tersebut merupakan konsep ‘Jabal Rahmah’.

Meninjau di Twitter pula, seorang pengguna menghantar sebuah tweet meluahkan pandangannya mengenai konsep pelamin Neelofa dan Haris. “Benda ni asas dalam rukun Iman keenam, Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Awat la taksub sampai nak kena tunggu Neelofa baru hampa nak sedaq. Islam tu mudah ja, ada 5 perkara untuk Islam dan 6 perkara untuk Iman. Takpayah tunggu cerita Neelofa baru nak merasai Halawatul Iman,” katanya. 

Tapi, kalau kita lihat dari sudut pandangan yang berbeza, konsep pelamin Neelofa dan Haris harus mendapat pujian kerana pereka perkahwinan mereka berjaya untuk merealisasikan hasrat dan impian perkahwinan Neelofa dengan jayanya. Reka Teemor memilih untuk menggunakan empat tan bunga yang berbeza sebagai penyeri pelamin tersebut iaitu bunga ros putih, orkid putih, baby breath, serta empat lagi jenis bunga lain. 

Menjadi pereka perkahwinan adalah sebuah kerjaya yang tidak mudah untuk dilakukan. Pasti lepas ni, ramai pereka perkahwinan di Malaysia menjadikan Reka Teemor sebagai inspirasi lepas ni kan? Semoga perkahwinan Neelofa dan Haris sentiasa bahagia. 

Penulis: Aqilah Paharuzi

 

Baca juga:

Awal Ashaari Beritahu Kenapa Tak Pakai Mask Ketika Di Majlis Nikah Neelofa

“Dia Sorang Je Pakai Mask” ..-Warganet Puji Anak Erra Ikut SOP Semasa Majlis Neelofa

 

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement