Connect with us

Semasa & Hiburan

“Tak Mati Pun Kuarantin Sekejap” – Wujud Golongan Silent Carrier, Netizen Salahkan Audio Tersebar Di WhatsApp

Tular satu rakaman audio yang dikatakan sebagai salah satu punca kenapa ramai yang menjadi silent carrier

Published

on

Saban hari kes jangkitan COVID-19 dalam negara kita semakin meningkat dan tidak menunjukkan trend menurun langsung. Hal ini sepatutnya membuatkan orang ramai semakin risau, dan membuatkan orang ramai semakin takut untuk berada di kawasan yang berisiko tinggi. Namun, tidak semua begitu peka dengan berita mengenai jumlah jangkitan ini dan masih ambil mudah soal wabak ini.

Semalam tular satu rakaman audio yang dikatakan sebagai salah satu punca kenapa ramai yang menjadi silent carrier atau pembawa senyap bagi wabak COVID-19 ini. Pembawa senyap ini sebenarnya lebih bahaya daripada wabak itu sendiri kerana mereka ini berpotensi menyebarkan wabak tersebut tanpa orang sekeliling sedar. Dalam audio tersebut, kedengaran suara seorang lelaki menjelaskan bagaimana COVID-19 ini hanyalah sekadar satu agenda untuk mengelirukan orang ramai.

Baca juga: “Tak Semua Wanita Mudah Keluarkan Susu” – Netizen Kecam Gelaran ‘Anak Susuan Lembu’ Sebab Beri Susu Formula

“Saya demam satu minggu, saya pergi farmasi beli antibiotik lepas tu saya makan madu dengan kicap. Terus sihat.” kata lelaki dalam audio tersebut yang mengatakan COVID-19 hanyalah agenda. 

Sementara itu, satu lagi audio yang dikongsikan turut menimbulkan kemarahan wargamaya lain. Sememangnya disebabkan audio-audio sebegini yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, semakin ramai yang mempercayai apa yang dikatakan dan dalam diam menjadi silent carrier. Dalam masa yang masa, wargamaya yang lainnya seperti sudah penat dengan golongan yang suka menyebarkan dakwaan tidak berasas seperti ini.

Baca juga:“Baru Tahu Mualaf Malaysia Tak Boleh Bersuara” – Michael Ang Bidas Komen Netizen Minta Dia Untuk Senyap

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement