Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tak Masuk Fitting Room, Tak Muat Terus Buang..”- PA Dedah Perangai Shopping Nia Ramadhani

Katanya, Nia Ramadhani takut nak bayar sendiri juga!

Published

on

Perangai ketika shopping bagi setiap orang pastinya berbeza. Ada yang akan tawaf shopping mall berkali-kali sebelum membuat keputusan untuk membeli, pasti ada juga yang tidak banyak karenah dalam memilih. Berbeza buat selebriti terkenal Nia Ramadhani yang mempunyai ‘perangai’ shopping nya tersendiri.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh PA nya baru-baru ini.

Jika dilihat pakaian yang digayakan pelakon ini, sungguh cantik dan selari dengan perkembangan fesyen terkini. Menurut PA Nia, dia tidak pernah mencuba pakaian yang ingin dibelinya di fitting room. Nia akan membeli berdasarkan size serta ukuran baju dan dilihat pada model patung yang ada sahaja. Jika pakaian yang dibeli tidak muat atau besar, ia akan diberikan terus kepada orang lain.

Wow, sudahlah pakaian yang dibelinya berjenama terkenal dan mahal, dia bagi terus pada orang tau. Murah hati sungguh Nia Ramadhani memberikan kepada orang lain kan?

Tidak pergi ke ‘cashier’ sebab takut..

Ha, bukan itu je. Katanya, Nia juga takut untuk ke kaunter pembayaran atau cashier lepas dah pilih pakaian atau barangan yang ingin dibeli. Baginya, membayar sendiri barangan yang dibeli sungguh menakutkan kerana takut terkejut dan menyesal dengan jumlah perbelanjaan sendiri. Setelah memilih barangan yang ingin dibeli, pembantunya akan menguruskan segala hal pembelian.

Fuh, barulah tenang hati kan? Hiks! Apa pun, moga Nia Ramadhani berbahagia dengan apa dilakukannya. Setiap orang ada cara sendiri ketika membeli belah kan. Asalkan berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

 

Baca juga:

Nia Ramadhani Tak Tahu Sukat Gula Untuk Bancuh Kopi Ketika Mertua Datang

Nia Ramadhani Disayangi Mertua Walaupun Kerap Bangun Lambat? Ini Tips Lain Pikat Hati Mertua

 

 

 

 

Sumber: kapanlagi.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement