Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tak Baik Fitnah, Uncle” – Dituduh Lakukan ‘Jenayah’, Ramai Kagum Danish Harraz Matang Tepis Dakwaan

Danish menerima dakwan melakukan jenayah, namun tetap matang menepis kenyataan tersebut…

Published

on

Danish Harraz mungkin nama yang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Mula memasak seawal usia 5 tahun, ternyata bakat memasaknya memukau hati ramai pihak sehingga digelar chef cilik. Bukan setakat pada masakan, Danish yang kini berusia 14 tahun semakin giat pula dalam projek amal membantu golongan yang memerlukan.

Ramai warganet yang terus memberi sokongan kepadanya, dan ada juga yang terinspirasi dengan sikap Danish yang sangat pemurah membantu golongan yang memerlukan. Selain itu, kalau di Twitter pula, Danish sentiasa kelihatan sopan dan berbudi pekerti dalam setiap ciapannya. Bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuk segelintir individu berpandangan serong terhadap Danish.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter dilihat melemparkan satu kenyataan yang mendakwa bahawa Danish ada melakukan ‘jenayah’. Menurut dakwaan terbabit, Danish dikatakan menggunakan pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit pekerja atau visa untuk melakukan kerja buruh.

Tidak Pernah Bekerja Untuk Danish

Menyangkal dakwaan tersebut, Danish menjelaskan golongan yang dibantunya itu bukanlah pekerjanya, dan tidak pernah bekerja untuk Danish. Mereka merupakan buruh kasar dari kawasan pembinaan terdekat yang terjejas pendapatan mereka akibat pandemik COVID-19. Menurut Danish, semasa salah seorang daripada pekerja warga asing itu datang ke rumahnya dan bertanya sekiranya ada pekerjaan yang boleh dilakukan, Danish dan keluarganya terus menghulurkan bantuan makanan kepada dia dan rakan-rakan. 

Lebih kurang 60 orang dapat dibantu oleh Danish sekeluarga pada waktu itu. Tambah Danish lagi, apabila tiba hujung minggu, lelaki warga asing itu akan buat kerja potong rumput dan kerja-kerja lain yang boleh dilakukan di kawasan kejiranannya untuk mencari duit tambahan. Mereka hanya menghubungi ayah Danish dan bertanya sekiranya ada kerja yang boleh dilakukan kerana memerlukan wang. 

“Dia bukan pekerja kami. Kami tidak gunakan sesiapa, pakcik. Kami hanya mahu membantu dalam apa cara yang kami mampu,” jelas Danish menyangkal dakwaan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Danish juga dituduh sebagai ‘macai’ hanya kerana mendapat proposal untuk bekalkan hamper kuih raya kepada syarikat korporat. Danish yang pada awalnya berkongsi berita gembira bahawa dia menerima tempahan hamper kuih raya untuk sebuah entiti korporat. Tapi lain pula penerimaan segelintir individu di media sosial sehingga menggelarnya ‘corporate stooge.’

Bagaimanapun, Danish kekal tenang menjawab dakwaan itu dan memaklumkan sudah beberapa tahun dia tidak dapat buka tempahan kuih raya kerana terlalu sibuk. Jadi sudah tentu tempahan secara pukal ini menjadi khabar gembira buat Danish.

Cara Tepis Dakwaan Terima Pujian Ramai

Disebabkan Danish menunjukkan sisi kematangannya dalam menepis segala dakwaan palsu itu, rata-rata warganet memuji sikapnya yang terus menunjukkan nilai-nilai murni walaupun ‘dikasari’ di media sosial. Tidak melenting dan tidak mengherdik, itulah yang membuatkan ramai senang dengan keperibadian Danish. 

“Danish dah semakin matang. Semoga saya juga dapat besarkan anak-anak saya sama seperti mak ayah Danish besarkan Danish.” balas Nazrudin Rahman, yang juga merupakan seorang pelakon dan personaliti TV.

Hampir kesemua tetap mendoakan Danish terus maju dalam kerjayanya dan dapat terus membantu golongan yang memerlukan. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Bedah Pesakit Sampai Lumpuh, Ada Yang Maut!” – Tindakan Gila Doktor Ini Sehingga Digelar ‘Dr. Death’

Sakit Jantung Dan Mati Ketika Menunggu Hukuman, Jasad Wanita Ini Tetap Dihukum Gantung

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement