Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tahniah! Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Lelaki, Baby Axel Nova Rhee Jehan

Jehan juga turut menggunakan tanda pagar, #babyrojak di dalam kapsyennya untuk menyatakan bayi mereka berdarah campur iaitu Jehan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibunya dan Arab-Melayu sebelah bapanya manakala isterinya pula merupakan warganegara Korea.

Published

on

Rezeki baby 2021! Menerusi perkongsian terbaru Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee di Instagram mereka telah umumkan kelahiran cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan. Selepas hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon hebat Jehan Miskin kongsi beberapa keping gambar bersama anaknya telah menerima ucapan yang baik di ruangan komennya.

Menurut Jehan Miskin, cahaya mata lelaki sulungnya itu lahir pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina dan ia merupakan satu malam yang penuh dengan keajaiban. Dalam ciapan Jehan, jelas terpancar rasa kegembiraan di wajahnya dan ia merupakan satu detik yang sangat istimewa buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin)

Jehan juga turut menggunakan tanda pagar, #babyrojak di dalam kapsyennya untuk menyatakan bayi mereka berdarah campur iaitu Jehan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibunya dan Arab-Melayu sebelah bapanya manakala isterinya pula merupakan warganegara Korea. Baby Axel Nova lots of mix!

Sementara isterinya, Julie Rhee turut berkongsi rasa teruja dengan berita kelahiran anak sulung mereka di Instagram. Menerusi perkongsian Julie pula menjelaskan kini kebahagian ada di mana-mana selepas lahirnya putera sulung yang bakal melengkapi keluarga kecil mereka.

Tambah Julie, dia juga sempat berseloroh di dalam kapsyen perkongsiannya menyatakan “no one is sleeping“. Tidak dinafikan, beberapa minggu pertama ibu bapa baru akan alami situasi ini sementara untuk biasakan diri dengan bayi kecil. Bagaimanapun, saat itu merupakan satu masa yang sangat berharga.

Terdahulu, Jehan berkongsi berita isterinya hamil anak pertama mereka selepas tujuh tahun menanti kelahiran cahaya mata pada September tahun lalu. Pasangan ibu bapa baru ini telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mei 2013.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“ Sorry Semua Cannot Touch Shariq..”- Emma Maembong Tidak Benar Anaknya Disentuh

Selamat Lahir Anak Kedua, Scha & Awal Tulis Warkah Untuk Lara Sampai Netizen Sedih

 

 

Sumber: Instagram Jehan Miskin & Julie Rhee

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement