Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Syed Saddiq Tunai Janji Botak Kepala, Hasil Sumbangan Bakal Beri Manfaat Kepada Anak² Muar

Kalau botak macam ni handsome lagi tak?

Published

on

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan nazar membotakkan kepala apabila sasaran untuk mengumpul sumbangan membeli komputer riba untuk anak-anak Muar tercapai. Sasaran RM200,000 diletakkan, namun jumlah kutipan keseluruhan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM383,000 sepanjang tempoh lima hari kempen itu berlangsung.

Sesi membotakkan kepala juga dilakukan dengan menarik apabila kepada Syed Saddiq dibotakkan sendiri oleh ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, secara langsung. Memang satu Malaysia boleh tonton Syed Saddiq mencukur kepalanya hingga botak licin. 

“Bismillahirrahmanirrahim, berjuanglah anakku demi rakyat,” demikian lafaz Sharifah Mahani ketika memulakan acara mencukur rambut Syed Saddiq.

Tapi bagi mencukur licin kepala Ahli Parlimen Muar tersebut, ia disempurnakan oleh tukang rambut profesional. Akhirnya, memang licin kemas kepala Syed Saddiq seperti yang dijanjikan beliau semasa melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak.

Sebanyak 500 keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang mempunyai anak melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi disasarkan untuk menerima sumbangan ini. 

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang membuat usikan nakal dengan penampilan terbaharu Syed Saddiq. Apa-apa pun, semoga usaha dan sumbangan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan bakal memberi manfaat jangka masa panjang. 

 

Baca juga arikel menarik lain:

‘Husband Tak Cakap Pun Harga RM45k++’ – Kantoi Basikal Sama Harga Dengan KJ

Wajarkah Kesalahan Siber Diklasifikasikan Sebagai Kesalahan Jenayah?

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement