Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sumbangan Ikhlas Neelofa, Pesakit Covid-19 di Melaka Terima 15 Buah Katil

Noor Neelofa difahamkan telah menyumbang 15 buah katil elektronik kepada pihak Hospital Melaka.

Published

on

Kes Covid-19 kini masih kekal empat angka dan kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei hingga 104 peratus pada 6 Jun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan kerana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

Terkini, selebriti sensasi, Noor Neelofa difahamkan telah menyumbang 15 buah katil elektronik kepada pihak Hospital Melaka. Berita ini dikongsi oleh salah seorang doktor pakar perubatan di bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya. Difahamkan ketika ini katil-katil tersebut sememangnya diperlukan bagi kegunaan pesakit Covid-19 dan ianya telah digunakan serta-merta di bahagian zon kuning di hospital tersebut.

Artikel menarik lain: Tular Video Pakcik Minum Air Dicampur Clorox, Ramai Persoal Tindakannya

“Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,”

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor turut dilihat  memberi respon ‘Like’ pada hantaran berkenaan bersama kakaknya, Noor Nabila. Perkongsian doktor tersebut juga menandai (tag) akaun rasmi Neelofa sebagai tanda terima kasihnya. Selain itu, doktor itu sempat memetik hadis yang merujuk kepada perbuatan Neelofa itu bersifat pemurah dan tidak lokek membantu orang lain dalam kesusahan.

Sumbangan Neelofa itu dilihat sangat murni memandangkan negara kita dalam keadaan memerlukan. Semoga kebaikan Neelofa akan dibalas dengan dipermudahkan urusan dan tamatkan kontroversi yang melanda dirinya dan keluarga tercinta.

Baca juga: ‘Bodohkan’ Diri Tidak Relevan, Wanita Berkerjaya & Profesional Tidak Suka Komitmen?

Sumber: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement