Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sukar Menjadi Pemain Bola Tampar Kerana Dikatakan ‘Terlalu Cantik’ Untuk Bermain

Cantik sangat sampai tak boleh fokus dekat permainan kot…

Published

on

Kalau dah jadi atlet, dan dalam masa sama mempunyai rupa paras yang menarik, itu boleh jadi sebagai satu kelebihan. Macam David Beckham yang ada rupa paras yang kacak tu, selain menjadi pemain bola dia juga diambil menjadi model bagi jenama barangan terkenal. Tapi untuk pemain bola tampar ini, rupa paras dia yang menawan itu dikatakan sehingga membuat jurulatih dia pening kepala. Boleh pula ye macam tu

Terlalu Cantik Untuk Bermain Dalam Pasukannya

Dilahirkan di Aktobe, Kazakhstan pada 5 November 1996. Pemain dengan ketinggian 182 sentimeter ini menjadi sensasi Internet selepas gambarnya bersama pasukan di Taiwan menjadi tular pada aksi Kejuaraan Bola Tampar Junior Asia pada tahun 2014 dan dia terus menjadi tumpuan susulan kecantikan yang dimilikinya. Sabina Altynbekova merupakan seorang atlet bola tampar untuk pasukan kebangsaan Kazakhstan.

Dengan ketinggian 182 cm serta berat 59 kg, memang cukup untuk menunjukkan betapa cantik dan menariknya potongan badan beliau. Sewaktu kemunculan Sabina di pentas kejuaraan bola tampar, dia dengan serta merta menjadi tarikan media sehingga tular di media sosial. Kecantikannya itu antara kegilaan para peminat, khususnya di Indonesia.

Image via: Instagram

Ada juga yang mengatakan dengan rupa paras yang dimilikinya, Sabina lebih mudah jika menjadi seorang model. Tetapi dia tetap memilih untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia sukan bola tampar. Tambahan lagi, dia menegaskan menjadi atlet bola tampar adalah cita-citanya. Dia ingin menjadi terkenal sebagai pemain bola tampar, dan bukannya kerana sebab lain.

Kegilaan Peminat Menyukarkan Permainan…

Dalam satu temubual bersama jurulatih pasukannya, Nurlan Sadikov, turut memberitahu agak sukar menguruskan pasukannya disebabkan kecantikan yang dimiliki oleh Sabina. Semasa bermain, para penyokong bersorak seolah-olah pasukannya mempunyai seorang pemain sahaja, iaitu Sabina.

Bagaimanapun, Sabina turut mengakui bahawa segala pujian dan perhatian yang diterimanya adalah sedikit keterlaluan, walaupun pada awalnya dia berasa suka dengannya. Fokusnya tetap dengan sukan bola tampar, dan bukannya menjadi terkenal disebabkan ‘terlalu cantik’. 

Walaupun Sabina bercita-cita besar dalam sukan bola tampar, semasa Sukan Asia 2018, dia tidak disenaraikan untuk bersama pasukannya mewakili Kazakhstan. 

Baca juga artikel menarik lain:

Sukan-Sukan ‘Rare’ yang Pernah Dipertandingkan Dalam Olimpik

Atlet² Olimpik Yang Gah Di Persada Dunia, Tapi Pernah Kantoi Menipu…

Sumber daripada: Scorum & Independent 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement