Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sudah Lima Tahun Cari Jodoh, Jejaka Ini Akhirnya Minta Bantuan Polis Untuk Cari Calon Yang Sesuai

Sampai pihak polis bantu pemuda ini carikan jodoh…

Published

on

Soal jodoh ni bukanlah mudah sebenarnya walaupun ianya mudah diungkapkan kepada orang yang masih belum bertemu jodohnya. Tidak kira juga mereka yang ada rupa paras yang menarik juga kadang-kadang sukar menemukan jodoh. Walaupun sudah berusaha mencari sekian lamanya, masih belum ada yang sudi menerima seadakan. Mungkin itulah yang dilalui oleh seorang jejaka dari India ini sehingga dia terpaksa meminta bantuan polis.

Biasa kita minta bantuan polis untuk kes-kes jenayah, tapi ini lain pula. Lelaki yang dikenali dengan nama Azim Mansoori itu dilaporkan meneruskan ikhtiarnya mencari jodoh dengan meminta bantuan pihak polis. Dia yang berumur 26 tahun itu juga merupakan seorang lelaki kerdil dengan ketinggian 60 sentimeter. Menurutnya, keadaan fizikalnya itu menjadi antara punca untuk dia mencari pasangan hidup.

Agak runsing juga pihak polis itu nak membantunya kerana menurut Jurucakap polis dari Balai Polis Shamli, Niraj Choudry, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencari calon pasangan mana-mana individu. Bagaimanapun, Azim yang sudah lima tahun berusaha mendapatkan pasangan hidup tetap tidak berputus asa dengan mendapatkan pertolongan polis bagi meneruskan misinya itu.

Selain bantuan polis, Azim turut dibantu oleh kakaknya yang mengusahakan kedai kosmetik dan keluarganya juga berusaha mencarikan pasangan untuknya. Namun, menurut laporan akhbar tempatan, usahanya itu masih tidak berjaya. Kata ahli keluarganya pula, keadaan fizikal Azim yang lemah membuatkan keluarganya ingin Azim berkahwin dengan wanita yang boleh menjaganya. 

“Kami berusaha melamar banyak orang termasuk seorang wanita dari Modarabad dan sedang dalam perancangan untuk berjumpa dengannya,” kata salah seorang ahli keluarganya.

Menurut Azim, sewaktu zaman persekolahan dia sering dihina dan diejek disebabkan keadaan fizikalnya, sehingga dia terpaksa berhenti sekolah. Tambahnya lagi, sejak memikirkan soal jodoh beberapa tahun ini, dia tidak dapat tidur malam kerana risau memikirkan tentangnya. 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Ustaz Madi Buat Hal” – Cubaan Azhan Rani Masuk AJL Tahun Depan Cuit Hati Netizen

[VIDEO] Tular Pasangan ‘Kayangan’ Tunggang Kuda Buat Pesanan Makanan Di Drive-Thru McD

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement