Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Suami Rahsiakan Kepala Botak Sebelum Kahwin, Isteri Buat Laporan Polis…

Jujurlah sebelum kahwin…

Published

on

Perselisihan dalam berumah tangga ini memang biasa berlaku. Namun ianya jarang berakhir dengan laporan di balai polis. Di India pula, terdapat satu kes di mana seorang wanita membuat laporan polis terhadap suaminya, tetapi bukan atas sebab jenayah atau keganasan rumah tangga. Sebaliknya, wanita itu berbuat demikian kerana mendakwa ditipu oleh suaminya hanya kerana lelaki itu berkepala botak. Kedengaran lucu tapi ia benar-benar berlaku.

Selepas dua tahun berumah tangga, wanita dari wilayah Maharashtra, India itu memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap penipuan suaminya. Wanita berumur 27 tahun itu mendakwa dirinya ditipu dan suaminya tidak jujur apabila menyembunyikan hal sebenar daripada pengetahuannya.

Menurut laporan, sebelum berkahwin wanita itu tidak mengetahui bahawa suaminya itu tidak mempunyai rambut. Suaminya berjaya mengaburi mata dengan mengenakan rambut palsu. Namun, kebenaran terbongkar sehari selepas  berkahwin dengan suaminya iaitu sebaik tiba di rumah keluarga mentua.

Mungkin wanita itu juga kecewa apabila keluarga suaminya menganggap perkara itu adalah hal yang remeh. Wanita yang bekerja sebagai akauntan itu juga tidak dapat menerima hakikat dan menyatakan tidak akan berkahwin dengan suaminya itu jika tahu perkara sebenar. Melalui kes ini, ada baiknya kalau kita berlaku jujur terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan.

Baca juga artikel menarik lain:

Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!

Kehebatan Guru Matematik Ini Mampu Mengubah Nasib 30 Pelajarnya

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement