Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

‘Stockholm Syndrome’ – Sebuah Rompakan Yang Membuatkan Mangsa Berasa ‘Kasih’ Kepada Penculiknya

Mungkin si penculik tu ada rupa kot…

Published

on

Stockholm Syndrome ni membawa maksud satu situasi di mana mangsa penculikan mula mempercayai dan suka kepada si penculik semasa mereka diculik. Satu situasi yang pelik bila kita tiba-tiba sukakan penjenayah yang menjadikan kita sebagai mangsanya, tapi ianya merupakan satu kejadian yang pernah berlaku. ‘Penyakit’ pelik ini juga banyak diadaptasi dalam filem dan juga drama TV. Tapi kali iniΒ jom kita tengok peristiwa rompakan mana yang mencipta terma ini.

Rompakan Sebagai Helah Untuk Bebaskan Penjenayah Lain

Kejadian ini berlaku di Sweden pada tahun 1973, di mana seorang lelaki bernama Janne Olsson telah menyerang masuk sebuah bank di tengah bandar Stockholm dengan niat melakukan satu rompakan. Cumanya rompakan Olsson bukanlah semata-mata untuk duit, tetapi dia demand kepada pihak berkuasa untuk membebaskan seorang gangster yang jahat dari penjara, iaitu Clark Olofsson.

Empat orang tebusan yang bekerja sebagai kerani dijadikan tebusan. Kira kerani perempuan mudalah. Dengan itu Olsson menyatakan permintaannya kepada polis beserta dengan duit tiga juta krona dan dua senjata. Maka bermulalah kisah rompakan yang berlangsung selama enam hari. Selama enam hari tu jugalah rompakan itu disiarkan di TV negara tersebut.

Dari Satu Rompakan Turun Ke Hati…

Seorang tebusan bernama Kristin Enmark yang berusia 23 tahun dikatakan antara yang termuda dari semua tebusan. Melalui panggilan telefon antaranya dengan Perdana Menteri Sweden pada wkatu itu, Enmark meminta untuk melepaskan dia keluar dari bank tersebut bersama penculiknya, iaitu penjenayah yang sedang melakukan rompakan itu. Enmark dikatakan tidak takut kepada kedua penjenayah itu dan mempercayai mereka sepenuhnya. Tak tahulah ayat cintan apa yang dah dibisikkan kepada Enmark sampai dia berfikiran sebegitu.Β 

Enmark sehinggakan merayu kepada tebusan yang lain supaya membenarkan Olsson menembak kaki tebusan lain supaya polis menganggap permintaannya itu serius. Selepas beberapa tahun dari kejadian tu, bila pakar psikologi menjalankan ujian kepada Enmark, dia mengatakan yang dia bingung dan pelik dengan cara dia bertindak semasa rompakan berlangsung. Sepanjang rompakan, seolah-olah Enmark sudah tiada moral lagi selepas mula mempercayai penjenayah tersebut.Β 

Rompak Paling Popular Sehingga Menjadi Perhatian Media

Seperti dalam drama rompakan yang besar, pihak media berkumpul dan berkhemah di luar bank bagi mendapatkan update terkini rompakan itu. Pihak polis juga menyatakan bahawa ia satu rompakan yang tidak pernah dilakukan, dan itu kali pertama mereka menangani kes sebegitu. Pihak polis memberikan update kepada media di situ tentang situasi yang sedang mereka uruskan, manakala Olsson dan Olofsson mendengar laporan media melalui radio. Mereka turut menghubungi pihak media dan menceritakan situasi dari pihak mereka pula. Semasa ditemubual oleh Radio Sweden, Olofsson mengatakan tugasnya hanyalah sebagai perunding sahaja dan dia tidak mahu melihat sebarang pertumpahan darah atau sesiapa sahaja ditembak mati.

Tidak lama kemudian, pihak polis mendapati Olofsson telah merancang segala-galanya daripada awal lagi bersama Olsson bagi membolehkannya lari daripada penjara. Dia sentiasa satu langkah kehadapan daripada pihak polis.

Penjenayah Bertukar Jadi Baik?

Bagaimana rompakan itu berakhir adalah apabila pihak polis menghentikan penghantaran makanan dan air, serta memutuskan bekalan elektrik, dan akhirnya menyemburkan gas pemedih mata. Tindakan polis ini sepatutnya tidak ada di dalam pilihan kerana boleh mencetuskan tragedi yang lebih besar sekiranya penjenayah tersebut mula membunuh tebusan. Tetapi Olsson mengatakan agak sukar untuk dia membunuh tebusan sebab kesemua tebusan memberikan kerjasama dan dia mula mengenali tebusan-tebusan itu. Nasib baik jugalah jadi macam tu,Β kalau tak semua tebusan dah ditembak mati kot. Disebabkan ‘Stockholm Syndrome,’ rompakan itu pun berakhir dan tebusan semuanya selamat.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Peristiwa ‘Krisis Penjara Pudu’ Berakhir Tanpa Pertumpahan Darah, Bukti Kehebatan Polis Diraja Malaysia

Geng Mamak – Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM12 Juta Dan Lesap Dalam Masa 20 Minit

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement