Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sibuk Pilih Kain, Bau Nasi Minyak Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Makin Kuat!

Pasangan sama cantik sama padan, Uqasha Senrose dan Kamal Adli pastinya salah satu antara pasangan yang dinanti memandangkan cara Uqasha dilamar semasa siaran langsung di malam sebuah rancangan anugerah tempatan sangat menarik.

Published

on

Selesai majlis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail, ramai yang ternanti siapakah pasangan selebriti yang bakal mengadakan wedding of the year di musim pandemik tahun ini. Pasangan sama cantik sama padan, Uqasha Senrose dan Kamal Adli pastinya salah satu antara pasangan yang dinanti memandangkan cara Uqasha dilamar semasa siaran langsung di malam sebuah rancangan anugerah tempatan sangat menarik.

Sebuah perkongsian video pendek seorang pereka fesyen, Shanell Harun telah meraih perhatian peminat setia pasangan Uqasha dan Kamal apabila Shanell atau lebih mesra digelar Nell bersama Uqasha dilihat berada di sebuah gedung kain termuka. Video tersebut dimuat naik oleh Shanell di laman sosial Instagram miliknya dan telah dikongsi di InstaStory Uqasha sendiri.

Menerusi video berkenaan, jelas dilihat Uqasha dan Nell seperti sedang membincangkan sesuatu malah Nell turut dilihat sedang memegang kain berwarna putih. Bersama Uqasha ketika itu, sepupunya Aprena Manrose yang turut dilihat menemani Uqasha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,

Itulah yang ditulis oleh Nell di ruangan kapsyennya yang telah membuatkan warganet tertanya-tanya sehinggkan timbul spekulasi bahawa Nell sedang menyiapkan baju untuk perkahwinan pelakon terkenal itu.  Ramai juga beranggapan bahawa kain yang sedang dipegang Nell itu adalah salah satu pilihan Uqasha untuk busana hari bahagianya bersama bakal suami, Kamal tidak lama lagi.

Nampaknya sudah ramai yang tidak sabar menantik tibanya hari perkahwinan pasangan Uqasha dan Kamal ini. Rata-rata warganet meninggalkan komen dan reaksi yang positif serta mendoakan yang terbaik buat Uqasha dan Kamal. Mungkin selepas ini majlis perkahwinan ini pula bakal menjadi sebutan? Apa yang penting, jangan lupa patuhi prosedure operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk elak di saman!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Pehal Zizan nangis..” Netizen Terhibur Tengok Reaksi Zizan Razak Semasa Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose

Kamal Adli Melutut Melamar Uqasha Senrose Secara Langsung!

Sumber: Instagram Shanell Harun

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement