Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sheikh Eusoff & Sophea Emelia Pilihan Nama Baby Baru Dr. Sheikh Muszaphar Dan Isteri

Namanya seindah wajah!

Published

on

So cute! Selepas tujuh hari kelahiran, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi nama pasangan anak kembar keduanya semalam. Ramai pengikutnya memuji dengan keindahan dua nama anaknya itu.

Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Harlina memilih untuk meletakkan nama Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia buat anak kelima dan keenamnya mereka..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

“Eusoff dan Emelia merupakan nama yang diberikan untuk anak kembar kami.

“Kami memilih untuk menggunakan awalan E & E. Namanya akan jadi Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut, Sheikh Muszaphar turut menjelaskan pemilihan awal huruf E itu yang memberi konotasi beberapa perkataan daripada bahasa Inggeris.

Pada masa sama, Dr. Sheikh turut memanjatkan doa agar kedua-dua anaknya itu akan membesar menjadi seorang soleh dan solehah selain berbakti kepada semua insan.

Terdahulu, Sheikh Muszaphar menimang cahaya mata kelima dan keenamnya selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan kembar kedua mereka pada 20 November lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sheikh Muszaphar Dapat Kembar Lagi, Dah Plan Untuk Anak Ketujuh!

Isteri Dr Sheikh Muszaphar Dipaksa Bersalin Awal Kerana Preeklampsia

 

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement