Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah..”- Abang Polis Tangguh Nikah Demi Tanggungjawab

Besar jasa petugas barisan hadapan kepada negara…

Published

on

Bukan mudah tugas sebagai frontliner apabila kes harian menunjukkan angka yang tinggi. Sebolehnya semua petugas barisan hadapan mahu setiap orang mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar rantaian kebolehjangkitan dapat diputuskan. Frontliners juga ada urusan dan kehidupan peribadi yang mereka terpaksa tinggalkan sebentar sepanjang menjalankan tanggungjawab.

Seorang anggota polis terpaksa melupakan hasratnya untuk melangsungkan majlis perkahwinannya demi memenuhi tuntutan kerja. Baru-baru ini tular gambar Ahmad Zaim Nasreen Musa yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sambil dia memegang sekeping kertas yang bertulis “sepatutnya hari ini saya nikah.” 

Zaim yang dikatakan sepatutnya bernikah pada tarikh 17 Januari 2021 terpaksa mendahulukan tanggungjawabnya sebagai petugas barisan hadapan demi keselamatan orang awam. Hari bahagia itu sepatutnya meraikan Zaim dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Palong 8, Gemas,Negeri Sembilan. 

Rasanya banyak lagi pengorbanan petugas barisan hadapan yang terpaksa dilakukan. Ada juga yang sampai berbulan-bulan tak jumpa keluarga. Semoga mereka terus tabah dalam menjalankan tanggungjawab demi negara. Terima kasih frontliners!

 

Baca juga artikel menarik lain:

Filem² Bajet Mahal Yang Menemui Kegagalan

Hattie McDaniel – Pelakon Afrika-Amerika Pertama Memenangi Oscar Kerana Watak Stereotaip

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement