Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Selipar Tandas Muslim Friendly RM79.90?” Ini Penjelasan Sebenar Isu Selipar Muslim Friendly Neelofa

Selipar itu dikatakan ‘muslim friendly’ telah membangkitkan persoalan hebat kerana ia dilihat seperti selipar yang biasa dipakai harian atau lebih mesra dipanggil selipar jamban oleh sesetangah orang.

Published

on

Sudah hampir dua minggu selebriti terkenal Malaysia, Neelofa diberi perhatian penuh oleh warganet gara-gara kontroversi yang melanda dirinya. Selepas isu majlis perkahwinannya sehingga melibatkan pihak berkuasa, kini Neelofa terima kecaman in pula berkaitan selipar keluaran syarikatnya kolaborasi bersama syarikat Fipper yang dikatakan ‘muslim friendly’.

Baru-baru ini Neelofa baru sahaja melancarkan secara rasmi produk keluaran terbaharu syarikat aplikasinya, Noor, yang telah menerima bekerjasama bersama sebuah syarikat kasut telah mengundang tanda tanya kepada warganet apa kaitan selipar itu dikatakan ‘muslim friendly’? Selipar itu dikatakan ‘muslim friendly’ telah membangkitkan persoalan hebat kerana ia dilihat seperti selipar yang biasa dipakai harian atau lebih mesra dipanggil selipar jamban oleh sesetengah orang.

Isu ini telah membangkitkan pelbagai spekulasi yang dilakukan oleh warganet. Ada yang berseloroh menyatakan mungkin ia tidak perlu samak jika terpijak najis haiwan dan ada juga yang menyatakan ia mungkin boleh melarang kaki daripada pergi ke tempat-tempat yang diharamkan. Warganet kemudiannya juga mempersoalkan harganya seakan tidak masuk akal kerana ada jenama kasut antarabangsa menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Baca artikel berkaitan: Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

Bagaimanapun, pihak syarikat Fipper telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu selipar ‘muslim friendly’ ini. Menurut mereka, produk mereka itu sebenarnya sesuai untuk muslimah yang pakai stokin. Jelas mereka lagi, produk mereka sebelum ini kurang sesuai untuk individu berimej muslimah. Pihak Fipper juga telah memohon maaf atas kekeliruan isu selipar ‘muslim friendly’ ini.

Buat masa ini, pihak Noor mahupun Neelofa masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini. Mungkin cukup dengan penjelasan yang dilakukan oleh pihak Fipper dan  mungkin pihak Neelofa tidak mahu isu ini semakin besar. Apapun, jika mahu membeli sesuatu barangan, pastikan ia dibeli berdasarkan keperluan dan bukannya kehendak. Jadilah pengguna yang bijak!

Baca juga: “Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh” – Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

Sumber: Twitter, Instagram Fipper

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement