Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Selesai Sudah Majlis Hari Ini..”- Ibu Beri Hint, Neelofa & Haris Ismail bertunang?

Mak Neelofa sendiri bagi hint!

Published

on

Ramai tertunggu-tunggu adakah benar ianya berlaku? Gambar dan rakaman video pendek di InstaStory Neelofa dan ahli keluarganya seakan-akan memberi gambaran jelas bahawa Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail benar-benar bertunang!

Perkongsian kakak Neelofa, Noor Nabila juga bagai berkias dengan mengatakan,

Selesai sudah majlis hari ini, next is…”

Gambar Neelofa dan Haris yang berada di majlis tersebut turut mengundang desas-desus tersebut dan kedua mereka berpakaian putih sedondon!

Perkongsian Neelofa pagi tadi menerusi InstaStory juga dipercayai berkaitan dengan majlis itu.

Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini. (Senyuman di sebalik niqab),” kata Neelofa.

Perkongsian terbaru daripada ibu Neelofa sendiri di laman instagramnya juga berbunyi:

Bismillahhirohmanirohim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much❤️

Moga yang terbaik untuk Neelofa dan keluarga! Tak sabar nak tunggu naik pelamin pulak!

Baca juga:

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

“Cocok Kalau Jadi Suami Isteri”- Ramai Ingin Bunga & Ariel Bersama!

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement