Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Selalu Lihat Keburukan Diri Sendiri Dulu..” – Nora Danish Banyak Belajar Tentang Kehidupan Daripada Ibu

Nora Danish tidak terlepas dari mempelajari banyak perkara daripada insan yang paling dekat di hatinya iaitu ibunya sendiri, Sally Talib.

Published

on

Apabila kita bercakap tentang ibu, pasti banyak perkara yang kita ingin katakan sampai kadang-kadang tak cukup perkataan rasanya nak luahkan betapa kita hargai kewujudan seorang insan menakjubkan yang kita gelar ibu. Ibu yang mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan lalu menjaga kita dari bayi sehinggalah dewasa. Jika kita kira hampir separuh waktu kehidupan kita kongsikan bersama ibu. Sepanjang waktu itu tentu banyak perkara yang kita pelajari daripadanya.

Baca juga: Dafi Didakwa Guna “Tiket” Anak Menteri Untuk Langgar SOP, Ismail Sabri Tegaskan “Tiada Siapa Terkecuali Termasuk Anak Sendiri”

Nora Danish juga tidak terlepas dari mempelajari banyak perkara daripada insan yang paling dekat di hatinya iaitu ibunya sendiri, Sally Talib. Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran ibunya, Nora Danish berkongsikan satu ucapan yang amat manis di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Kata Nora, ibunya adalah seorang insan yang dicintai ramai, “siapa yang jumpa pasti jatuh sayang”. Apabila berkaitan anak-anak, Nora akui ibunya selalu cuba yang terbaik demi memastikan anak-anaknya bahagia. Itulah perwatakan seorang ibu, pasti mahukan anak-anaknya gembira dahulu sebelum memikirkan tentang perasan diri sendiri.

Nora turut menambah bahawa antara banyak-banyak perkara yang dipelajari daripada ibunya, ada satu yang diingati sehingga kini. Ianya adalah untuk selalu lihat keburukan diri sendiri dahulu sebelum melihat keburukan orang lain.

Jelas Nora, dulu dia pernah berkecil hati dengan ibunya kerana setiap kali ada salah faham antara dirinya dan suami, ibunya bersikap ibarat tidak menyebelahi Nora. Namun, apabila semakin dewasa Nora mula faham dengan keadaan dan mesej yang tersirat daripada sikap itu.

Bagi Nora ibunya adalah idola buat dirinya dan dia berhasrat untuk membesar menjadi sama seperti ibu. Buat sesiapa yang masih ada ibu, hargailah mereka sementara mereka masih ada. Apa pun kita ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-64 buat ibu Nora.

Baca juga: “Adakah Awak Muslim?” –  Soo Wincci Bidas Kenyataan Prof Muhaya Dengan Ayat Al-Quran, Wargamaya Terus Tergamam

Sumber: Nora Danish

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement