Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Selain Terlibat Dalam Peperangan Dunia, Hitler Juga Merupakan Seorang Pelukis Yang Gagal

Lawa juga hasil lukisan dia…

Published

on

Ramai mengenali sosok pemimpin ini sebagai ketua Parti Nazi Jerman dan merupakan salah satu figura yang agak terkenal pada abad ke-20. Ada negara yang membencinya dan ada juga yang menyanjungnya. Tapi itu merupakan sejarah gelap yang ditinggalkan Adolf Hitler kepada dunia. Namun, ada juga satu sejarah dalam kehidupannya yang mungkin ramai tidak tahu.

Impian Ketika Muda Adalah Menjadi Seorang Pelukis

Pada awal tahun 1908, setelah kematian ibunya, Hitler yang berusia 18 tahun pada ketika itu meninggalkan kampung halamannya di Linz dan berpindah ke Vienna, iaitu ibu kota Austria. Semasa di Vienna, Hitler melihat tempat itu sebagai tempat yang ideal untuk mengejar impiannya, iaitu untuk menjadi seorang pelukis.

Hitler dikatakan menghabiskan bulan pertamanya di Vienna dengan melakarkan lukisan-lukisan, tidur lewat malam dan membaca buku. Bagaimanapun, permohonannya untuk masuk ke Vienna Academy of Fine Arts ditolak sebanyak dua kali. Meskipun Hitler lulus dalam ujian bertulis pada tahun 1907, namun lukisannya dianggap ‘tidak memuskan’ sebagai seorang pelukis. Salah satu guru seni di situ turut mencadangkan Hitler untuk bertukar kepada jurusan arkitek.

Selepas daripada itu, disebabkan kesempitan wang, dia terpaksa tinggal di bilik sewa yang murah dan ada juga masa terpaksa tinggal di rumah gelandangan. Hitler juga bekerja sebagai pembersih salji jalanan di bandar Vienna itu untuk menampung kehidupannya. 

Akhirnya Lukisannya Dihargai

Selepas berpindah ke Munich, Jerman, Hitler akhirnya mula mendapatkan wang hasil daripada lukisannya. Orang di situ lebih menghargai lukisan Hitler. Kebanyakkan lukisannya yang dibeli adalah gambar bangunan dan mercu tanda di bandar Vienna. Anda rasa lawa tak lukisan Hitler ni?

Dengan menjual lukisan-lukisan ini kepada pelancong dan penjual bingkai, Hitler kemudian mempunyai wang yang cukup untuk keluar dari tempat tinggal gelandangan dan masuk ke rumah yang lebih selesa. Di situ, dia menjadi pelukis jalanan pada waktu siang dan pada waktu malam dia gunakan waktu itu untuk membaca buku.

Hitler dikatakan jatuh cinta dengan Munich kerana rasa lebih dihargai sehingga sanggup menjadi tentera Jerman dalam Perang Dunia Pertama. Selepas tamat peperangan, dia menyertai politik di Jerman dan selepas daripada itu kita tahu kisah kebangkitan Jerman melalui Parti Nazi Jerman yang diketuai oleh hitler.

Tapi sebenarnya Hitler sebelum itu ada juga memohon untuk Austria. Namun permohonannya ditolak atas faktor kesihatan dan tubuh badan akibat pemakanan yang teruk serta tidur yang tidak menentu. Nak jadi pelukis di negara sendiri ditolak, nak turut serta dalam ketenteraan pun ditolak juga. Maka akhirnya dia memutuskan untuk terus berbakti kepada tempat yang lebih menghargai dirinya. 

Baca juga artikel menarik lain:

50 Ekor Kucing Terima Wasiat? Ini Antara Haiwan Yang Lagi Kaya Daripada Kita

Benci Dengan Suara Sendiri? Ini Sebabnya Kenapa Kita Tak Suka Suara Sendiri Dalam Video

 

 

 

 

 

Sumber daripada: History

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement