Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

Wow, seronok juga beranak di luar negara kan?

Published

on

Pasangan secocok sama cantik sama padan, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila memuat naik gambar dengan kapsyen seakan mahu ke luar negara di IG Story masing-masing.

Gambar berada di dalam pesawat kapal terbang bersama suami Aiman Hakim, dimuat naik Zahirah pada dua jam lepas.

Kapsyennya mengatakan bahawa mereka akan ke luar negara dan bila mereka kembali mereka akan bertiga. Bermakna, Zahirah memilih untuk bersalin di luar negara.

See you next year Malaysia! We love you guys, thank you for all the kind doas. InsyaAllah when we return, there will be 3 of us!”

Gambar yang sama dimuat naik Aiman, juga gambar pesawat menandakan mereka berada di airport.

Peminatnya membuat spekulasi bahawa mereka merancang untuk bersalin di Australia tempat di mana ibu Zahirah menetap ketika ini.

Ada betul juga, selalunya wanita ni bila lepas bersalin pasti mahukan ibu sendiri yang menjaga diri ketika berpantang kan. Tambahan lagi, ini adalah anak sulung mereka.

Apa pun, ke mana mereka pergi belum lagi dipastikan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi-lagi zaman pandemik COVID-19 ni. Stay safe ye semua!

 

 

 

Baca juga:

Kelakar Reaksi Cik B Bila Tengok Diri Sendiri Dalam TV

Dikatakan Imej Berpurdah, Izreen Azmida Tampil Bersuara

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement