Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sedut Warna Biru, Suntik Warna Oren” – Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan Prosedur Suntikan Vaksin

Jangan pelik kalau nampak jarum suntikan tu tiba-tiba berubah warna. Ini prosedur suntikan vaksin COVID-19…

Published

on

Baru semalam kita menyaksikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara rasmi berlangsung, dan melihat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima pertama yang disuntik. Pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia dan rata-ratanya mendoakan usaha dari kerajaan ini berjalan lancar dan membuahkan hasil. Bagaimanapun, terdapat juga segelintir rakyat yang mempersoalkan kesahihan suntikan yang diterima Perdana Menteri.

“Sedut guna picagari biru, suntik pakai picagari amber? Adakah proses suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia memang memerlukan dua picagari yang berbeza?” ujar warganet yang mempersoalkan isu tersebut.

Begitulah kekeliruan yang muncul dari sesetengah pihak. Dalam pada itu, tidak semua warganet termakan dengan kenyataan itu dan ada juga doktor yang tampil menerangkan prosedur suntikan vaksin. Menurut Dr. Fahkrul Radzi, sedut vaksin menggunakan jarum biru adalah prosedur biasa. Tidak kira apa warna jarum sekali pun, selepas ia digunakan untuk menyedut vaksin, jarum yang digunakan itu akan dibuang.

Kemudian, untuk suntikan di lengan pula, jarum baru akan digunakan. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan steriliti atau kebersihan jarum yang akan dicucuk ke lengan kita. 

“Jarum tadi dah cucuk botol, dan dekat botol tu tak tahu ada kuman apa. Tak bolehlah nak cucuk kulit pakai jarum yang cucuk botol,” jelas Fahkrul di Twitter.

Tambahnya lagi, saiz jarum yang digunakan untuk menyedut vaksin juga berbeza dengan saiz jarum yang digunakan untuk menyuntik kita nanti. Jarum suntikan pada lengan adalah lebih halus berbanding yang digunakan untuk sedut vaksin. Jadi anda pilihlah nak kena suntik dengan jarum mana. Apa yang penting suntikan vaksin itu adalah mengikut prosedur bagi menjamin keselamatan penerima.

Baca juga artikel menarik:

Gara-Gara Buat Sit-Up, Habis Ribuan Kediaman Terputus Bekalan Elektrik

“Macam Suntik Masa Sekolah” – Doktor Kongsi Pengalaman Terima Vaksin COVID-19 Dan Beri Tips Selepas Suntikan

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement