Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sedih.. tengok TokTi menangis..” DS Siti Nurhaliza Kongsi Kisah IVF Sempena Hari Lahirnya

Alolo.. comelnya TokTi!

Published

on

Happy Birthday TokTi! Peminat setia TokTi mesti sudah tahu bahawa beliau sangat meminati nombor 11.1 kerana ia merupakan tarikh lahirnya. Kini sudah hampir nak masuk 5 bulan berbadan dua, TokTi berkongsi kisah perjalanan persenyawaan in vitro atau In vitro fertilization (IVF) sempena hari lahirnya. Di dalam video tersebut, beliau menceritakan cabaran, suka dan dukanya sepanjang proses IVF dijalankan.

Perkongsian video di akaun YouTube miliknya, Siti Nurhaliza, telah mendapat lebih 30 ribu tontonan dalam masa 12 jam. Kebanyakan peminatnya meluahkan rasa gembira dan seronok melihat penyanyi kesayangan mereka berjaya melakukan proses IVF tersebut. Hampir 500 komen positif telah dikongsi oleh peminatnya untuk menaikkan semangat TokTi terus kuat menjalani kehamilan keduanya ini.

Menurut TokTi, beliau berkongsi perjalanan IVF kali ini kerana mahu memberi harapan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti dirinya. Bukan mudah untuk mendapat zuriat namun kita haruslah percaya dengan rezeki Allah SWt dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Ada juga beberapa peminatnya memberi komen menyatakan mereka juga mengalami situasi yang sama iaitu masih menanti zuriat dan memohon doa supaya urusan mereka dipermudahkan sama seperti TokTi.

Dalam video perkongsiannya itu juga ada terselit babak di mana TokTi nampak sangat excited untuk tahu proses IVF yang dilakukan berjaya atau tidak sehingga melakukan lapan kali ujian kehamilan sebelum memberi sampel darah kepada doktor IVF-nya. Difahamkan, TokTi haruslah lakukan bed rest selama dua minggu selepas ‘anaknya’ dimasukkan ke dalam rahim. Proses ini sama seperti semasa TokTi mendapatkan Aafiyah terdahulu.

Kami doakan kehamilan TokTi kali ini dipermudahkan. Tak sabar rasanya nak tengok mini Datuk K pula. Agaknya apa nama yang bakal diberikan kepada baby boy Tok Ti dan Datuk K kali ini ya? Selamat Hari Jadi TokTi!

 

Baca juga:

β€œEh nampak baby bump laa..” Sekali Lagi Tok Ti Dikatakan Sedang Mengandung

TAHNIAH TokTi!! Kini Sudah Hamil 4 Bulan

 

 

 

Sumber: YouTube TokTi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement