Semasa & Hiburan
Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!
Kalau gaduh bincanglah elok-elok…
Jika anda merupakan seorang suami yang mempunyai isteri yang kuat berleter dan bertengkar, agak-agak apa yang anda akan buat? Mungkin paling teruk pun anda akan keluar berjalan-jalan untuk menenangkan diri. Namun, seorang lelaki di India bertindak luar biasa apabila nekad memanjat sehingga ke puncak pencawang telekomunikasi.
Kejadian yang berlaku di Pekan Moradabad, Uttar Pradesh itu menyaksikan lelaki tersebut membuat keputusan nekad selepas muak mendengar bebelan isterinya dan bosan kerana sering bergaduh dengan isterinya.
Lelaki tersebut yang bernama Tejpal Singh dikatakan melakukan perkara tersebut untuk menyejukkan hatinya yang panas gara-gara pertengkaran dengan isterinya. Dia juga dikatakan enggan turun walaupun dipujuk oleh orang ramai yang melihat kejadian itu.
Selepas campur tangan daripada pihak berkuasa tempatan dan polis, baru lah lelaki tersebut setuju untuk turun ke bawah. Itu pun selepas berkali-kali dipujuk, barulah dia turun. Menurut lelaki tersebut, dia sudah muak dengan isterinya yang sering membuat tuduhan palsu terhadapnya.
Moradabad: A man climbs atop a mobile tower following a fight with his wife in Pakwara area. He says, “I am fed up with my wife. She is trying to frame me in false cases but police are not listening to me. I want to get rid of this relationship.” pic.twitter.com/AUPzEcVkXI
— ANI UP (@ANINewsUP) September 26, 2020
Menurut pihak polis, itu merupakan perkahwinan kedua Tejpal dan isterinya. Pasangan tersebut juga dikatakan sudah beberapa kali bertengkar mengenai isu yang berlainan.
Sumber daripada: Berita Harian