Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Saya terkejut dan sedih… Apa salah saya pada orang?” Nourul Depp Terima Mesej Santau

Makin berani orang sekarang santau terang-terangan..

Published

on

Jika sebelum ini pelakon Syafie Naswip dan Noorkhiriah antara selebriti yang terima mesej berbaur ugutan di media sosial masing-masing, semalam penyanyi Nourul Depp mengalami nasib yang sama. Seorang individu telah menghantarkan mesej santau menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagram miliknya.

Dalam sebuah perkongsiannya di Instagram, Nourul  telah mengajak si pengirim mesej tersbut untuk berjumpa kerana dia percaya individu tersebut mungkin punyai masalah tersendiri sama ada daripada segi psikologi atau rohani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

“Baru-baru ini kecoh orang DM nak santau, bukan hanya saya tapi ada juga beberapa orang artis lain. Saya terkejut dan sedih… Apa salah saya pada orang?

Menerusi sepotong rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nourul meminta maaf jika ada yang tidak gembira dengan kehadirannya dan meminta individu tersebut untuk tidak mengugut dan membuat main perkara seperti ini. Namun, dia memaafkan individu tersebut sekiranya mesej itu hanya prank sahaja.

Nourul tidak akan mendedahkan identiti si pengirim sebaliknya dia menzahirkan rasa kesihan dan ingin membantu individu tersebut dari segi mental, fizikal atau apa juga yang diperlukan. Dia juga percaya perbuatan santau masih wujud dalam masyarakat kini.

“Saya tak kata benda ini (santau) tidak wujud, sama ada orang itu percaya atau amalkan atau tidak. Tiada orang sempurna dan memang ada manusia yang suka menguji tapi tak boleh buat apa-apa sebab Tuhan itu ada.

“Kalau betul ada orang sakitkan hati kita, kita balas dengan doa dan ucapan baik-baik.

Walaupun ada beberapa peminatnya meminta Nourul untuk membuat laporan polis, namun Nourul yakin dengan keputusannya untuk berdiam diri terlebih dahulu. Nourul juga menasihati supaya semua pengguna sosial media untuk tidak membuat sesuatu yang mungkin akan dikesali kelak dan bersama menggunakan kemudahan ini untuk perkara yang baik-baik.

Dalam video tersebut juga, Nourul mendoakan individu tersebut mendapat petunjuk dan diberi kesenangan dan kasih sayang dalam hidup.

 

Baca juga:

Adik Nourul Depp Berjihad Bantu Pesakit Covid-19

Batuk Berdarah, Terkena Santau Ataupun Penyakit?

 

 

 

 

Sumber: Instagram Nourul Depp

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement