Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Saya Tak Mampu Gelek Lagi” – M Daud Kilau Kini Terlantar

Keadaan kesihatan ‘raja gelek’ Malaysia sudah tidak seperti dulu

Published

on

Siapa tak kenal dengan penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau yang menyumbang banyak hiburan dalam dunia seni. Lebih-lebih lagi lagu Che Mek Molek yang dibawanya masih lagi diterima ramai walaupun sudah masuk era 2000.

Malangnya, keadaan kesihatan ‘raja gelek’ Malaysia sudah tidak seperti dulu. Dia kini yang berusia 83 tahun, lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana mengalami penyakit kencing manis, kebas anggota badan serta sakit pinggang sejak empat tahun lalu.

“Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi,”

Disebabkan itu juga dia terpaksa menolak banyak tawaran menyanyi biarpun hanya dikehendaki duduk di pentas tanpa memerlukan tenaga yang banyak kerana kudratnya sudah tidak sekuat seperti dulu.

Ditambah pula dengan PKP akibat COVID-19, nasib penyanyi veteran itu bertambah malang apabila wang simpanannya banyak dihabiskan membeli ubat.

Malah, tanaman kelapa matang dan koko yang diusahakannya di kampung halamannya iaitu Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh, Perak, dahulu turut tidak menjadi disebabkan keadaannya yang sudah tidak Iarat.

Dia turut meluahkan rasa rindunya terhadap peminatnya dengan nada yang sebak.

“Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi,”

Sedih melihat keadaannya. Semoga yang baik-baik saja buat beliau.

Sumber: utusanmalaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement