Semasa & Hiburan
“Saya Tak Ada Niat Nak ‘Body Shaming’ – Hairul Azreen Kongsi Cerita Masa Lalu
Cerita ‘body shaming’ ini tak akan ada solusinya, tapi perkongsian Hairul Azreen ni boleh jadi pembakar semangat..
Pernah tak anda tiba-tiba mengimbau kenangan lalu dengan rakan-rakan dan kadang kala sampai tersenyum sendiri? Mesti akan keluar ayat ‘kenapalah aku macam ni dulu kan.. kenapalah aku tak ambik tindakan untuk berubah…’. Baru-baru ini pelakon aksi terkenal, Hairul Azreen berkongsi mengenai kisah beliau ketika berumur 17 tahun bersama rakannya. Isi penceritaannya adalah mengenai dia membezakan bentuk badan rakannya dan dirinnya. Bagaimanapun, Hairul menegaskan bahawa dia bukan nak ‘body shaming’ rakannya, sebaliknya dia mengulas cerita itu dalam sudut yang positif.
Perkongsian yang dimuat naik menerusi Insta Storynya semalam menyoalkan tentang badan rakannya itu yang tidak kurus-kurus dari zaman muda perkenalan mereka sehinggalah dah ada anak bini. Menurut Hairul, rakannya menjawab dalam nada yang bergurau tapi agak panas dengan memberi pelbagai alasan untuk menegakkan persoalan Hairul mengenai dia masih berbadan besar. Hairul pada ketika itu yang sudah berumah tangga dan kini mempunyai dua orang anak dua masih kurus dan berbadan sasa.
Baca juga:
“Comelnya Dia Melayan Maknya” – Hanis Zalikha Luang Masa Spa Di Rumah, Gelagat Alisa Jadi Perhatian
Perkongsian Hairul ini bukanlah nak jatuhkan maruah dan aib rakannya itu. Sebaliknya, Hairul berkata beliau ingin berkongsi mengenai sikap manusia yang sentiasa memberi alasan dan tidak berusaha untuk berubah. Sedikit sebanyak pengikut Hairul pun boleh mengambil iktibar daripada cerita ini.
Menerusi postingnya juga, Hairul menyuntik semangat kepada pengikutnya agar berubah ke arah yang lebih baik sama ada yang suka memberi alasan atau seorang yang diam dan buktikan. Menarik perkongsian Hairul kali ini, sangat memberi inspari kepada kita. Bulan Ramadan pun bakal tiba, jom sama-sama berubah ke arah kebaikkan. Terima kasih atas peringatan itu, Hairul!
Penulis: Aqilah Paharuzi
Baca juga: