Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Saya Cuma Kesian Dekat Suami Saya” – Nabila Huda Keguguran

Sedih melihat video luahan Nabila…

Published

on

Saya cuma kesian dekat suami saya.”

Itulah antara luahan hati pelakon Nabila Huda kepada pengikutnya menerusi Instagram Story apabila mengetahui dirinya mengalami keguguran buat kali kedua.

Menurutnya, dia rasa amat kecewa selepas mengetahui berlaku pendarahan lagi kerana keinginan untuk memiliki zuriat lagi sangat-sangat tinggi.

Lepas check darah, saya rasa sangat teruja bila doktor mengesahkan saya sedang hamil tapi rasa sangat kecewa bila dapat tahu saya gugur buat kali kedua,” katanya dalam nada sebak.

Tidak dapat menahan sebak, air mata pelakon berjurai jatuh ketika mengatakan dia cuma kasihankan suaminya kerana sudah lama menunggu untuk menimang cahaya mata.

Dia turut meluahkan dengan mempersoalkan kenapa susah sangat untuk memiliki zuriat bila kita mempunyai keinginan tersebut namun, Nabila terus muhasabah diri untuk meneruskan perjalanan hidup dan percaya mereka belum ada rezeki lagi.

Terdahulu, pada April tahun lalu Nabila berkongsi dia mengalami keguguran selepas menanti selama empat tahun.

Setiap manusia ada ujian mereka tersendiri dan yakinlah setiap ujian yang diberikan pasti mampu dipikul. Paling penting kena percaya apa yang terjadi dalam hidup pasti adalah perancangan dari-Nya yang lagi bagus.

Semoga Nabila terus berusaha dan berdoa agar mereka berjaya memiliki zuriat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagramnabilahuda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement