Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Saya Bukan Robot, Ada Perasaan” – Isteri Shukri Yahaya Tak Tengok Suami Berlakon, Akui Cemburu

Isteri Shukri Yahaya akui cemburu, elak tonton drama lakonan suami…

Published

on

Kita ni memang seronok bila tengok drama dekat kaca TV tu, lagi-lagi kalau ada adengan sweet atau romantik antara watak hero dan heroin. Kadang-kadang tu siap berangan lagi kita dapat jadi hero atau heroin dalam drama tu. Bagaimanapun, disebalik adengan yang sweet tu tentu ada yang berasa cemburu. Tak lain dan tak bukan, tentulah yang cemburu itu adalah suami atau isteri kepada pelakon tersebut.

Image via: Instagram

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon terkenal, Shukri Yahaya membuat pengakuan bahawa dia sememangnya cemburu dengan babak-babak lakonan suaminya bersama watak heroin dalam drama. Yelah mana tak cemburu, yang melakonkan babak-babak romantik tu adalah suami sendiri, dan bukannya orang lain.

Bagi Tya Adnan, isteri kepada pelakon versatile itu, dia hanyalah manusia biasa dan punya perasaan. Bukannya robot yang tak rasa apa-apa kalau melihat suami sendiri dalam babak romantik, walaupun ianya sekadar lakonan. Tya juga turut nyatakan Shukri tahu bezakan yang mana kerja, dan yang mana kehidupan sebenar.

“Saya avoid jelah daripada pandangan mata saya. Suami pun seorang yang profesional dan tahu mana satu kerja, mana satu real life,” tulis Tya membalas soalan yang ditujukan kepadanya di Instagram Story.

Image via: Instagram

Walaupun ianya hanya sekadar lakonan, hati isteri mana yang tidak berasa cemburu. Dah menjadi lumrah. Apa-apa pun, mungkin dengan tak melihat drama lakonan suaminya, ia jalan terbaik untuk tidak terus berasa cemburu dengan Shukri Yahaya.

Baca juga artikel menarik lain:

Linda Rafar Nafi Pernah Gaduh Dan Saman Menyaman Dengan Kakitangan Hospital

“Jahanam Diet Ayah Kau Ni” – Anak Jantan Masak Talapia Kering Bermadu, Muka Serius Cuit Hati Netizen

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement