Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Satu-Satunya Manusia Yang Terbunuh Akibat ‘Dilanggar’ Meteor

Bukti yang ada hanya melalui catatan dokumen…

Published

on

Bumi memang menerima hempasan meteor bukan hanya sekali, tetapi berjuta-juta kali sepanjang hayatnya. Tapi dalam banyak kali tu memang susah kita nak dengar laporan ada orang yang terkena hempasan meteor tu. Bagaimanapun, terdapat juga berita tentang manusia pertama yang dilanggar meteor pada tahun 2013. Nasib baik yang dilanggar tu masih hidup dan cuma mengalami kecederaan je. Tapi ada juga bukti yang menyatakan bahawa terdapat laporan tentang satu-satunya manusia yang mati akibat dilanggar cebisan meteor.

Kejadian Lebih 100 Tahun Dahulu…

Pada awal abad ke-19, seorang lelaki di Iraq dilanggar oleh cebisan meteor dan dilaporkan terbunuh. Rekod kejadian tersebut merupakan satu-satunya laporan berkenaan kes kematian disebabkan dilanggar objek dari angkasa lepas. Dokumen itu dijumpai sekumpulan penyelidik di dalam Arkib Negara Presiden Republik Turki yang mencatatkan tentang kematian seorang lelaki akibat cebisan meteor. Menurut dokumen yang dijumpai, kejadian tersebut tidaklah berlaku dekat dengan zaman kita kerana ia ditulis dalam bahasa Turki zaman kerajaan Uthmaniyyah, lebih tepat lagi pada 22 Ogos 1888. Kejadian tersebut berlaku di wilayah Sulaymaniyah, Iraq. 

Menurut catatan dokumen tersebut, bola api yang tinggi di langit dilihat oleh penduduk di sebuah bandar berdekatan sekitar jam 8.30 malam. Kemudian hujan batu jatuh dari langit selama 10 minit. Cebisan meteor yang membunuh itu datang daripada hujan meteor ini. 

Walaupun kejadian ini tidak dilaporkan di berita, Bumi kita sebenarnya dihujani oleh berjuta-juta meteor setiap hari. Tapi kebiasaannya meteor tu akan terbakar di ruang atmosfera sebelum sempat menghentam Bumi. Menurut catatan NASA, terdapat hanya 822 meteor yang cukup besar untuk meletup di atmosfera sejak tahun 1988. Selain dari dokumen yang dijumpai itu, sehingga sekarang tiada satu pun laporan mengenai kematian disebabkan cebisan meteor. Kalau ada berita berkenaan kecederaan akibat hujan meteor pun ianya bukan direct injury daripada hujan meteor itu sendiri. 

Disangka Terbunuh Akibat Meteor

Pernah juga keluar berita mengenai seorang lelaki di India yang disyaki mati akibat dilanggar cebisan meteor. Ketika itu agak kecoh jugalah sebab kalau benar, ia akan menjadikannya manusia pertama yang mati akibat meteor. Tapi tak lama kemudian pihak NASA menafikan perkara berikut dan mendakwa ianya akibat daripada bahan letupan yang ada di tanah, dan bukan daripada meteor yang meletup berhampiran dengan lelaki tersebut. Bagi kes di Turki pada tahun 1888 pula, ianya hanya berdasarkan bukti yang direkodkan di dokumen sahaja.

Baca juga artikel menarik lain:

Mick ‘Crocodile Dundee’ Pemburu Buaya Sebenar

Risiko Berkepala Botak Diburu Oleh Pengamal Ilmu Hitam!

 

 

 

 

Sumber daripada: Science Alert

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement