Connect with us
Kool FM

Semasa

Sanggup Minum Air Tandas Untuk Tunjuk Tahap Kebersihan

Apa rasa air tu ek?

Published

on

Seorang pekerja wanita di sebuah kilang membuat baja Shandong, timur China sanggup minum air dari mangkuk tandas untuk tunjuk pada majikannya sebagai bukti bahawa dirinya sudah bekerja keras membersihkan tandas dengan baik.

Sebuah portal melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Luo itu didakwa bertindak sedemikian tanpa paksaan daripada mana-mana pihak hanya kerana mahu menunjukkan betapa dia berdedikasi dalam memastikan tandas dalam keadaan bersih.

Situasi tersebut sempat dirakam dan dilihat Luo berbual bersama individu lain yang dipercayai ketuanya dan mengambil sedikit air dari mangkuk tandas kemudian meminumnya.

Video tersebut tular di media sosial dan turut dikongsi ramai. Walaupun ada yang mengatakan itu adalah tindakan paksaan tapi dalam video tersebut jelas menunjukkan Luo seperti sukarela minum air mangkuk tandas tersebut.

Bagaimanapun, usahanya itu mendapat tepukan daripada mereka yang melihat termasuk pihak atasannya dan firma itu telah menganugerahkan kepadanya ‘pekerja teladan’ dan memuji dedikasinya.

Namun ada juga netizen berpendapat bahawa dia seorang yang pengotor dan tindakannya itu hanya sia-sia.

Kita pula pekerja yang bagaimana? Jadilah pekerja yang bijak dalam menunjukkan dedikasi dan kerja keras kita.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Selamba pergi tandas sebab ‘tak tahan’

Cabaran Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Dalam Mengharungi Gelombang Ketiga COVID-19

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement