Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Salah Saya Kerana Tak Beri Penjelasan Mengenai Bulan Puasa” – Datuk Wira Lee Chong Wei Kesal Tak Didik Anak Dari Awal

Jauh mana pun kita menjelajah dalam dunia ni, adab yang sopan dan saling hormat menghormati tak akan ditinggalkan. Sayu baca cerita Datuk Lee Chong Wei memartabatkan bangsa dan agama di Malaysia ni..

Published

on

Umum mengetahui Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Bumiputra dan lain-lain. Namun perbezaan itu bukanlah menjadi asbab untuk kita tidak menghormati sesama sendiri. Sebagai golongan remaja dan dewasa sudah tentu kita mampu untuk berfikir tapi tidak mudah pada kanak-kanak kecil terutamanya mereka yang berada di sekolah rendah. Pasti mereka pelik melihat rakan-rakan Melayu mereka yang tak turun ke kantin untuk makan. Bekas Pemain badminton Negara, Dato’ Lee Chong Wei menceritakan gelagat anaknya, Kingston lee yang meluahkan perasaan sedih kepada bapanya kerana dua rakan baiknya Syihan dan Amli (bukan nama sebenar) tak mahu makan sekali semasa waktu rehat. Alahai, kenapa comel sangat Kingston ni..?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)

 

Belum sempat Chong Wei nak menjawab persoalan sayu anaknya itu, Kingston bertanya adakah dia buat salah sehingga cikgunya menyuruh anaknya untuk makan di tempat yang jauh daripada segelintir rakan-rakannya. Sebagai bapa, Chong Wei cuba untuk menjelaskan kekeliruan anaknya itu dengan terang dan jelas. Namun, Chong Wei berkata Kingston yang berusia 8 tahun itu sudah pandai menunjukkan sikap memberontak apabila dia berang dan bertanya kepada bapanya kenapa dia kena bertolak ansur. “Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal” luah Kingston. Dek kerana kenyataan Kingston itu, satu tamparan terus hinggap ke atas tangan Kingston oleh ibunya, Wong Mew Choo. Alahai, kasihan Kingston ni tak memasal kena tampar.

Baca juga: “Bukan The Next Lee Chong Wei” – Pamer Kekuatan Tersendiri, Netizen Akui Kehebatan Lee Zii Jia

“Tahulah saya dia pun pandai smash gak, tapi memang laju tangannya kali ini” kata Chong Wei dalam nada yang bergurau. Boleh terbayang situasi dan gelagat comel keluarga terhormat di Malaysia ini. Selepas diberi penjelasan oleh bapanya, Kingston terus berkata “saya mahu berkawan baik dengan Syihan dan Amli” dalam nada yang kesal. Sayu hati kita baca kapsyen yang dimuat naik oleh Chong Wei menerusi akaun Instagramnnya. Anak sekecil ini pun dah pandai faham erti ‘kawan baik’ lebih-lebih lagi apabila anaknya ini tidak memilih kaum dan berkawan dengan semua orang. Sebenarnya, perkara inilah yang harus diterapkan daripada kecil agar apabila mereka remaja nanti meraeka akan mempunyai adab yang baik dan saling hormat menghormati meskipun berlainan bangsa dan agama.

Tabik cara Chong Wei dan isteri yang cuba untuk menterapkan nilai-nilai murni yang bagus dalam hidup anak mereka agar sentiasa menghormati agama dan bangsa lain. Dikesempatan itu, Chong Wei dan keluarga turut mengucapkan Salam Ramadan Kareem kepada semua yang menyambut bulan Ramadan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Chong Wei terharu apabila membaca coretan cerita karenah anak lelakinya itu. Terima kasih hero negara!

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Baca juga: “Saya Maafkan Tuduhan Tersebut” – Dr. Zulkifli Jawab Dakwaan Naik Penerbangan Mewah Guna Duit Rakyat

Sumber: Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei Official 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement