Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sakinah Bakal Tamat Zaman Janda, Akui Akan Bernikah Dengan ‘Mat Saleh’ Mei 2021

Lepas ni pindah Sweden ke?

Published

on

Setelah pelbagai kontroversi dikaitkan bersama jejaka mat saleh bernama Michael Hansen, akhirnya teka-teki terjawab.

Sharifah Sakinah mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama pasangan nya yang berasal dari Sweden dan bakal menamatkan zaman janda pada 25 Mei tahun hadapan.

Tarikh tersebut baginya sangat istimewa kerana ia adalah tarikh lahirnya bersama Michael.

 “Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda,” katanya dalam satu temu bual program televisyen.

Berpindah ke Sweden?

Yelah, kalau dah pasangan berasal dari luar negara, peminat pasti tertanya-tanya sama ada Sakinah akan berpindah ke Sweden kah selepas berkahwin nanti. Namun, katanya dia masih ingin berlakon di Malaysia dan tidak akan menetap di luar negara.

 “Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini.Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.

“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” sambungnya ringkas.

Pasti peminat puas hati dengan jawapan ni kan? Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Sakinah dan pasangan.

 

 

Baca juga:

Gambar Mesra Dengan Jejaka Mat Salleh, Sakinah Hanya Mahu ‘Attention’?

Kedai Runcit Lan Solo Disamun, Lelaki Ini Diburu..

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement