Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sajat Tidak Melakukan Sebarang Jenayah” – Warganet Mahu Pihak Berkuasa Tumpu Isu Lebih Penting

Pelbagai andaian dibuat antaranya,Nur Sajat mungkin melarikan diri ke luar negara. Namun, mustahil untuk merentas negara ataupun negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih sedang dijalankan. Ke mana Sajat pergi?

Published

on

Kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat selama lebih sebulan betul-betul menjadi tanda tanya bagi semua pihak. Difahamkan sebelum ini, usahawan itu tidak dapat dikesan selepas waran tangkap dikeluarkan apabila gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari lalu. 

Pelbagai andaian dibuat antaranya,Nur Sajat mungkin melarikan diri ke luar negara. Namun, mustahil untuk merentas negara ataupun negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih sedang dijalankan. Ke mana Sajat pergi?

Difahamkan, pihak berkuasa masih belum putus-putus mencari keberadaan Nur Sajat. Malah, gambar usahawan kosmetik kontroversi tersebut diedarkan di sepanjang pos kawalan keselamatan supaya tiada peluang meloloskan diri ke negara jiran terdekat melalui penyamaran. 

Tindakan ini dikatakan agak keterlaluan bagi ramai. Wargamaya mempersoalkan mengapa Nur Sajat diburu sehingga begitu, sedangkan dia tidak melakukan sebarang jenayah berat seperti membunuh atupun menerima rasuah. 

Walaupun Sajat sering mendapat kecaman di alam maya, rata-rata warga di Twitter baru-baru ini melafazkan rasa rindu kepada usahawan itu yang selalu menghiburkan orang ramai dengan telatahnya. 

Melihat kepada carian di Twitter, warganet mendoakan supaya Sajat kekal gembira di mana jua dia berada. 

Penulis: Lily

Baca juga:

“Bila Masa Saya Menyorok?” – Sajat Akhirnya Beri Respon, Nafi Murtad

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement