Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sah! Pemain Bola Sepak Beto Selamat Nikahi Penyampai Radio

Tahniah Beto dan pasangan!

Published

on

Tahniah buat pasangan baru Ahmad Kahiril Anuar atau lebih dikenali sebagai Beto bersama pilihan hatinya, Zetty Nabila yang merupakan seorang penyampai radio Hot FM! Pasangan mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada jam 10.30pagi, 10 Disember 2020 di Pejabat Agama Islam Sepang.

Beto yang baru sahaja berpindah dari pasukan bola sepak Perak FA ke UiTM FC, belum lagi memuat naik apa-apa perkongsian di Instagram miliknya tentang hari istimewa ini. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan berita gembiranya bersama peminat.

Difahamkan, pasangan ini bakal mengadakan majlis secara sederhana di kediaman keluarga sebelah pengantin perempuan selepas nikah susulan kerajaan ketika ini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Lembah Klang.

Seterusnya, Zetty telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin selain perhiasan serba berdiri dan wang hantaran seperti yang telah dipersetujui kedua belah keluarga.

Sebelum ini, ramai yang telah perasan pasangan ini kerap membalas komen di ruang Instagram masing-masing namun kedua mereka tidak berkongsi apa-apa gambar bersama di sosial media mereka. Mungkin inginkan hubungan mereka disimpan secara peribadi.

Apapun, tahniah sekali lagi buat Beto dan Zetty. Didoakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Wah, untung Beto! Bakal mulakan tahun baru 2021 bersama kumpulan bola sepak UiTM FC dan pasangan si cantik manis yang akan mewarnai hidupnya.

Baca juga artikel menarik:

Hariss Harun Ditawar Biasiswa University of Coventry, Persediaan Selepas Tamat Karier Pemain Bola Sepak

Pemain bola sepak dalam bahaya

 

 

 

 

Sumber: Hot FM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement