Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sabrina Ali & Saiful Apek Bernikah?

Sabrina Ali juga turut memuat naik gambar yang sama malah, lebih mesra.

Published

on

Soal rezeki, kematian dan jodoh merupakan rahsia Maha Pencipta dan tak akan ada siapa yang tahu. Bila-bila saja tiba tanpa diduga dan yang pastinya, perkara ini sering menjadi berita yang mengejutkan.

Semalam, pelawak terkenal Saiful Apek memuat naik sekeping gambar yang mencetuskan tanda tanya orang ramai.

Gambar tersebut menunjukkan dia dan pelakon Sabrina Ali mengenakan pakaian tradisional melayu bewarna putih seolah-olah baru saja selesai bernikah dengan kapsyen yang berbunyi….

Syukur, Alhamdulillah selesai sudah,”

Apabila kami menjengah akaun Instagram pelakon drama Budak Tebing, dia juga turut memuat naik gambar yang sama malah, lebih mesra.

Berikutan itu, satu portal telah menghubungi Apek yang pernah mendapat gelaran Anugerah Bintang Popular 2003 untuk mendapatkan kenyataan rasmi tentang foto tersebut.

Apa yang mereka dapat hanyalah kenyataan ringkas bahawa dia tidak dapat memberi apa-apa kenyataan buat masa sekarang.

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu atas sebab-sebab tertentu tapi tiba masanya nanti saya akan bagitahu, Insya-Allah,” jawabnya ringkas.

Jadi, kita tunggu sajalah update dari Saiful dan Sabrina. Jika mereka benar-benar bernikah, kita doakan mereka bahagia hingga akhir hayat. Atau, mungkin sahaja drama atau lakonan baru gandingan mereka berdua bakal ditayangkan tidak lama lagi? Just wait and see..

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement