Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ruangan Komen Instagram Azira Shafinaz Dibanjiri Nama ‘Mamu’, Netizen Bantu ‘Kenenkan’ Dengan Sharnaaz Ahmad

Ramai yang menanti komen Sharnaaz Ahmad di Instagram Azira Shafinaz…

Published

on

Beberapa minggu ini memang agak kecoh di media sosial apabila Sharnaaz Ahmad dilihat seperti cuba ‘dikenenkan’ dengan penyanyi Azira Shafinaz di Instagram. Semua bermula apabila sahabat baiknya, Shukri Yahya yang juga merupakan seorang pelakon mula mengusik Sharnaaz bersama dengan Azira.

Terkini, menjenguk ke ruangan komen di Instagram Azira, giliran wargamaya pula menyeru nama Sharnaaz. Panggilan ‘Mamu’ yang mesra dengan Sharnaaz mula membanjiri ruangan komen dalam setiap hantaran Instagram si cantik, Azira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Baca juga: “Kawan, Ingat Bau Perfume Ke?” – Ingatkan Sharnaaz Tak Ada Peluang Tapi Komen Azira Buat Netizen Berharap

Rata-rata menanti dengan keterujaan komen daripada Mamu yang selalunya akan menghantar emoji hati berwarna merah serta berbalas komen dengan Azira. Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak kelihatan sebarang komen daripada Mamu di ruangan komen Instagram Azira sehingga ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. 

Tapi tak apalah, mungkin masing-masing masih belum bersedia untuk ke arah yang lebih serius, dan bak kata Azira mereka hanya berkawan sahaja. Namun berbeza pula dengan harapan peminat yang mahu melihat mereka bersama. Mungkin kelihatan cocok bersama.

Apa-apa pun, buat peminat teruskan menanti komen daripada Mamu dan doakan yang terbaik buat mereka.

Baca juga: Hadiahkan Adik iPhone Sebab Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Ramai Yang Nak Jadi Adik Azfar Heri

Sumber daripada: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement