Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Robert Johnson – Terlalu Berbakat Sehingga Dikaitkan Dengan Syaitan?

Muzik daripada iblis katanya…

Published

on

Robert Johnson, seorang pemuzik yang mencapai populariti pada waktu yang singkat dan kehidupannya juga singkat kerana meninggal dunia pada usia 27 tahun. Lagu-lagu yang dihasilkannya banyak mempengaruhi beberapa muzik pada era 50-an dan 60-an. Selain itu, Robert Johnson juga antara yang terawal dimasukkan ke dalam ‘Rock-N-Roll Hall of Fame.’ Tapi apa yang menjadi misteri kepada pemuzik handal ini adalah bagaimana dia mampu belajar bermain muzik dengan handal dalam masa yang singkat.

Bermula Sebagai Pemain Gitar Yang Biasa…

Robert Johnson pada asalnya merupakan seorang pemain gitar amatur pada awal tahun 1930-an di Mississippi ketika usianya 19 tahun. Seperti lagenda Delta Blues yang lain, dia juga ingin menjadi sehebat mereka dan mempamirkan bakat yang dimiliki. Johnson mencuba nasibnya di sebuah kelab malam dengan memainkan sebuah lagu. Tapi sayangnya tidak ada seorang pun yang sukakan lagu yang dimainkannya. Ada juga yang kata cara dia main gitar tak sedap sampailah pemilik kelab tersebut terpaksa menghalau Johnson keluar.

Selepas daripada peristiwa yang memalukan itu, dia menghilangkan diri secara tiba-tiba tanpa jejak. Setahun kemudian dia muncul semula tanpa sebarang penjelasan dan memiliki keupayaan bermain muzik Blues dengan begitu hebat. Lebih hebat daripada lagenda Delta Blues ketika itu seperti Son House dan Willie Brown. Kepantasan Johnson menguasai muzik Blues nampak mencurigakan sehingga ada yang mengatakan muzik Blues yang dibawanya adalah ‘Devil’s Music.’ Hal ini juga telah mengundang mitos paling terkenal yang dikaitkan dengan Johnson, di mana dia dikatakan telah menjual jiwanya kepada syaitan untuk mendapatkan bakat ajaib itu.

Populariti Dan Kehidupan Yang Singkat

Selepas daripada insiden kehilangannya itu dan kembali dengan bakat yang hebat, Johnson menulis banyak Blues standard, menginovasi teknik gitar yang mantap, dan mencorakkan Delta blues dengan memasukkan unsur-unsur seperti vaudeville, ragtime, dan folk music. Kemampuan dia bermain gitar juga dikatakan seakan-akan dia bermain piano pada gitar tersebut.

Johnson sememangnya salah seorang pemuzik Blues yang terhebat pernah bernafas di muka bumi ini, tapi namanya kurang dikenali. Sepanjang kejayaannya, dia sempat merakamkan 29 buah lagu sepanjang tahun 1936 dan 1937. Sehinggalah dia dibunuh pada tahun 1938 (semasa berumur 27 tahun), disyaki diracuni oleh seorang lelaki yang cemburu dengannya.

Muzik Blues = Muzik Iblis?

Kalau nak tahu, sekitar tahun 1920-an, masyarakat Afrika-Amerika di Deep South selalu menganggap muzik Blues adalah muzik daripada syaitan. Sebabnya adalah muzik Blues sering dimainkan di kelab-kelab malam di mana ia terkenal sebagai tempat orang melakukan maksiat, minum arak dan juga melakukan hubungan terlarang. Jadi muzik Blues ini dilihat sebagai muzik yang menjauhkan masyarakat dengan hal keagamaan. Mungkin sebab itu juga ada mitos yang mengatakan Johnson mendapat bakatnya itu daripada syaitan. Apa yang menambahkan lagi keyakinan orang terhadap mitos ini adalah sebahagian tajuk lagu dan lirik yang dicipta oleh Johnson mesti ada perkataan ‘devil.’ Mungkin ianya hanya kebetulan.

Siapa yang minat nak tahu lebih lagi pasal Robert Johnson ni boleh tengok filem dokumentari ‘ReMastered: Devil at the Crossroads’ di Netflix. Dokumentari ni menceritakan tentang kehidupan Robert Johnson yang pendek dan penuh misteri, tetapi telah mempengaruhi generasi pemuzik selepasnya. Tajuk dokumentari ni juga diambil daripada mitos tentang bagaimana dia membuat perjanjian dengan syaitan untuk menjadi pemuzik yang hebat.

Baca juga artikel menarik lain:

Risiko Berkepala Botak Diburu Oleh Pengamal Ilmu Hitam!

Budaya² Makan Pelik Yang Wujud Di Dunia

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement